You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Isnin, 25 Ogos 2014

Ada Apa Dengan Anak Dan Cucu Peneroka FELDA?

Assalamualaikum. Hai. Update lagi.

Kali ni nak promote tempat belajar saya sendiri ni. Alhamdulillah rezeki Allah siapa tahu kan. Lepas keluar dari matrik dulu dulu tu saya ingat saya takkan dapat dah untuk sambung belajar. Tapi Limkokwing University of Creative Technology atau nama manjanya LUCT ni dah bagi saya peluang untuk saya menapak belajar semula dibawah pinjaman 100% di bawah FELDA. Alhamdulillah.

Klik sini untuk MEMBESAR dengan cepat :)

Meh nak cerita sikit apa yang ada kat Limkokwing University ni dan apa yang pihak FELDA bagi untuk bakal pelajarnya kat sini.

Limkokwing University sediakan tempat belajar yang sangat selesa untuk para pelajarnya. Nak cerita kat sini memang tak habis tiga hari tiga malam kann. So better tengok kat portal Limkokwing University ni sendiri.

SINI SINI !

Ok sekarang nak cerita pulak apa yang FELDA bagi untuk ANAK atau CUCU PENEROKA FELDA. Lagi sekali nak caps lock. Untuk ANAK atau CUCU PENEROKA FELDA. Haaaa >.<

Syaratnya tak susah pun. Memula mestilah ANAK atau CUCU PENEROKA FELDA kann. Lepas tu wajib WARGANEGARA MALAYSIA kalau warganegara lain harap maaf la ye sila pulang ke negara anda :p Lepas tu untuk DIPLOMA hanya memerlukan SPM 3 kredit sahaja termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Untuk DEGREE pulak kena ada CGPA 2.50 ke atas, tak kisah lah lepasan matrikulasi ke lepasan diploma ke janji 2.50 ke atas ye. Ok next chapter.

Pertama sekali, FELDA bagi SKIM BANTUAN PINJAMAN PENDIDIKAN BOLEH UBAH FELDA 100% untuk ANAK atau CUCU PENEROKA FELDA tauuu. So maknanya, ini bukan macam pinjaman pinjaman pelajaran yang lain yang ada bunga bunga cinta time nak bayar balik nanti. Ini pinjaman suci murni punya dari pihak FELDA.

Untuk makluman, kalau result korang cun melecun antara 3.8 - 4.0 tu korang cuma bayar 10% je. Contohnya kalau masa pinjam tu korang pinjam 46 ribu so nanti masa bayar hanya bayar 4600 je. 10% kann? Pinjam hampir setengah juta tapi bayar balik setengah ribu je sebab lagi 90% tu sumbangan dari pihak FELDA. So kenapa pening pening fikir nak bayar hutang banyak banyak kann?

3.8 sehingga 4.0 = 10%
3.5 sehingga 3.7 = 20%
3.0 sehingga 3.4 = 30%
2.5 sehingga 2.9 = 40%
2.0 sehingga 2.4 = 50%

So sekarang korang sendiri yang tentukan macam mana korang nak result korang kann. Kalau taknak bayar bebanyak of course lah kena belajar sungguh sungguh ye dokk?

Kedua, duduk bawah FELDA ni korang tak perlu risau pasal makan, tempat tinggal, yuran pengajian dan juga pengangkutan sebab everything is ready for you ! Makan ada orang masakkan, tempat tinggal alhamdulillah selesa dan nyaman gituu, yuran pengajian alahai tak fikir langsung nak kena mintak kat mak ayah, pengangkutan pulak kat sini bas Limkokwing kauuuuu. Hehehehe. Dan yang paling penting, untuk student Diploma akan dapat laptop percuma tauuu. Untuk student Degree pulak akan dapat elaun setiap bulan. Kalau kumpul duit elaun FELDA kasik tu boleh beli Iphone6 sebijik ;)

And now, saya mencari anyone yang memegang status ANAK PENEROKA FELDA atau CUCU PENEROKA FELDA untuk join masuk Limkokwing Univesity ni. Alahamdulillah walaupun saya baru je lagi bertapa kat sini tapi everything is going fine. Takde apa pun yang saya nak kena risau atau nak kena fikir.

Kalau tak percaya apa yang saya tulis ni, korang boleh contact sendiri lah ye encik encik yang berkenaan ni untuk dapatkan kepastian.
  •  Encik Nasrol - 0193646146
  • Encik Ali - 0176284566
  • Encik Adzim - 0176111775 
Saya masuk Limkokwing University ni dulu bawah Encik Adzim tau. Diorang semua ni baik baik belaka ok :)

Ok, selamat malam.
Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Ahad, 17 Ogos 2014

Limited Edition Pre-Order From Kami Nation

Assalamualaikum and haii !

Omaigoddd sangat sangat lama saya tak update blog kann. Yaa busy busy busy, itu je alasan yang mampu saya bagi. Hikss

Ok just quick entry harini. Sebab sekarang kan saya tengah praktis how to become a successful businesswoman. Hahaha. Actually I just give some help for my friend yang baru bertapak dalam dunia bisnes ni. For me it is good sebab he support our local brand. Itu yang penting.

Lagi lagi sempena bulan kemerdekaan ni kannn. So @kamination_ ada buat preorder untuk baju t shirt yang sangat awesome. Design yang simple but nice, come from two different colour black and white dan yang paling penting is the quality of the shirt, fully cotton and kain daripada gildan premium. For those yang memang support local brand mesti rasa nak ushar ushar pastu jatuh cinta kannn dengan design ni?



Ok again.


  • 100% design from @kamination_ (jangan lupa follow ig diorang sebab kat situ segala mak nenek information pasal preorder ni ada kat situ)
  • Fully cotton
  • Kain from gildan premium
  • Local brand
  • Black and white colour
  • Harga sangat affordable ok
  • Paling best dapat FREE STICKER yeyyyy !

Lastly, follow lah @kamination_ untuk maklumat lanjut ye. Jom ramai ramai support local brand :D

Selamat hari merdeka !


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Khamis, 1 Mei 2014

Semuanya Boleh Terjadi

Hai.

Since aku takde kerja nak buat malam malam gini. Kerja pun dah habis petang tadi. Walaupun harini hari pekerja aku tetap kena kerja. Dan sekarang kerja aku membebel sorang sorang kat blog ni. Hmm.

Aku cuma teringat. Eh tak tak. Terkenang sebenarnya. Terkenang manusia manusia yang pernah muncul dalam hidup aku. Datang dan pergi. Itu lumrah kan?

Kalau nak disenaraikan berapa ramai lah manusia yang pernah datang dan pergi dalam hidup aku. Kadang tu datang, terus pergi tak datang balik dah. Kadang tu pulak, datang lepas tu pergi lepas tu datang balik. Bak kata adik aku, macam biskut chipsmore. Eh apa kena mengena?

Pernah aku terfikir. Manusia yang dah tak datang balik dalam hidup aku ni, agak agak boleh tak muncul semula? Dan manusia yang memang ada depan mata aku sekarang ni, akan terus berada di depan mata aku atau sebaliknya?

Ini lah kuasa Allah. SusunanNya indah. Tiada yang mustahil bagiNya. Aku bersyukur kerana aku salah seorang yang hidup atas muka bumi ni dapat ikut aturan yang ditetapkan untuk aku. Apa tuu orang kata? Ikut flow :)

Dan aku rasa sampai sini je tazkirah malam jumaat aku. Entri ni sebenarnya khas untuk orang yang terasa dirinya semakin jauh dengan aku je. Eh terasa? Memang nak bagi terasa pun. Hikss

Kbaii.

*makin lama aku rasa entri aku kat dalam blog ni makin merapu. Semakin malas aku hapdet blog, semakin merapu entri yang dapat aku hasilkan. Okey hypothesis accepted*


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Isnin, 14 April 2014

Bila Teringin Nak Jadi Cikgu

Alalalala dah lama sangat tak menulis. Istilah blog bersawang ni dah takboleh guna dah untuk blog aii. Tetibe harini terkinja kinja pulak nak hapdet satu entri. Kononnyee nak jadikkan memori daun pisang untuk anak cucu cicit cocot aii nanti. Hikss gataiiii

Harini aii pergi intebiu ipg. Eh no no. Actually bukan intebiu lagi pongggg. Just ukcg. Ujian kelayakan calon guru. Which is devide to two exams. Cewahh berterabur speaking aii. Lantak la haiiiihhh.

First, ujian bertulis. Second, ujian kecergasan fizikal. Haaa awal awal lagi aii dah gelakkan diri sendiri sebab aii confident gilerrrr aii takboleh pass la ujian fitness tu. Masa sekolah dulu aii jaguh potpetpotpet je. Mana sempat nak jadik atlet sado sado ni. Hahaha

Me, asked ayah to be my exclusive driver today. Heeee luckily ayah loves me soooooo much *muntah darah* and drove our car to Penang ! Wuuu jalan jalan makanggg angingggg ahh. Padahall dah ketaq habihhh semuaaaa. Kepala hotak aii ni dah lama berkarat. So preparation tu agak kelaut sikit lah.

We started our journey around 6 am from my uncle house kat bandar baharu serdang kedah. Well, orang kat radio info trafik suria fm tu kannn selalu kata yang penang always jammed teruk. So nak elakkan jalan sesak, kitorang pun terpaksa laaa puasa tidur untuk harini. Hikss.

Alhamdulillah, we arrived there around 7 something am. Even aii bantai tiduqq dalam kete. Hahaha. Aii rehatkan kepala hotakk lah. Calon cikgu mana boleh stress :p

Without take any breakfast, me dengan over semangatnyeeee naik kat blok yang diarahkan tu. Perghh at first aii ingat aii sorang je yang tua bangka mintak ipg. Rupenyeee umur doploh pun adeee kauuu. So aii rasa masih mude remaja gituuu. Then baru boleh tarik nafas lega.

Around 8.30 am cemtu, aii and all the calon cikgu mula lah jawab 135 questions in section A and 60 questions in section B. Just imagine how we all answer all the questions in 45 minutes only. Again, 45 minutes je tauuuuu ! Luckily bukan macam soalan spm. Macam mana soalannye? Hikss pegi apply ipg then rasa by yourself lah. Lagipun aii tak ingat punnn soalannye. Sempat pulak kann otak aii yang berkarat ni nak digest semua soalan tu -_-

Then the ujian pun habis after 45 minutes. Aii ingatkan ujian fitness tu start waktu petang. Sebab kat surat tawaran aii tu tertulis pukul 2.30 pm. Tapi because of ramai gilerr calon cikgu yang tak datang, then all the lecturers there decide nak buat ujian fitness tu awal. So aii pun yipppieeee ! Dalam hati tak sabar nak tunjukkan bakat nak jadik sado ni. Hahaha.

Ujian kecergasan fizikal tu, alamakkkkk aiii. Haihhh memang sumpah bagi aii tak best. Penat gilerr. Aii dah la takde bakat jadik sado, then have to pretend jadik sado. Tetibe je aii fikir nak lari terjun je dari situ. Nasib baik aii ni waras lagi. So teruskan jelaa dengan rela hati.

But then after finish all the activities, aii rasa taknak balik pun ada. Nak duduk je kat ipg tu sampai bila bila. Kenangan terindah yang aii dapat even in short moment. Aii ada kawan baru, ada semangat baru dan yang penting ada cita cita baru.

Pastu dah habis semua tu, aii pun dah lapar gilaaaa then ajak la my ayah pegi makan. Punye sayang nak tinggalkan ipg tu, aii pun decide nak makan je kat their canteen. Not bad la diorang punye makanan.

Dah kenyang melantak, aii pun ajak my ayah balik. Sebab aii dah busuk ! Hahaha

So anak cucu cicit cocot aii, mohon tanya sambungan cerita aii ni bila aii dah tua ye.

And for anyone yang baca entry merapu aii ni, mohon doa korang yeeee. Aii nak jadik cikgu ni. Semoga aii pass all the tests and dapat jadik guru pendidikan awal kanak kanak. Aminnnnn.


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Ahad, 2 Februari 2014

The Precious ♥ ♥

Assalamualaikum

Yeayyy ! Happy holiday ! Holiday sangat walaupun esok kena kerja. Sobsobss. Takpe, nak carik rezeki takboleh merungut kan? ;)

Ouhh, hello February ! Welcome to my life. Kengkonon dah berazam kat insta nak tulis diari dalam bintang bintang last last penyakit M menyerang. Haihh tunda bulan tiga la jawabnye. Hikss.

Dah kepam idea ni berzaman dah rasanya. Baru harini ada kesempatan nak menulis untuk entri kepam ni. Baru ada masa la kononye nak tangkap gambar semua. Alasan semata betul -_-

Lepas menggoreng goreng kat dapur tadi walaupun separuh jalan jek goreng nye sebab last last ibu yang siapkan semua, gua pun masuk ke bilik tanpa pengetahuan sesiapa. Cewaahhh suka sangat buat ayat dramatis cemni :p

Gua pun mulakan misi menggodek segala baju baju dalam almari gua tu. Alahai banyaknye kemainn tapi pakainye takpun. Nak dibuang sumpahh sayang. Banyak moment moment indah gua dengan sang sang baju semua tu. Kenangan pahit manis dengan baju baju gituwww.


Dua dua baju tu ibu yang kasikk. Dua dua hadiah birthday gua. Yang baju kurung putih tu masa gua tingkatan tiga rasanya. Al kisahnye mengidam sangat nak pakai baju kurung warna putih. Ala ala pengantin gituww suci murni jek gua rasa. Nasib laa gua dah membesar, kalau tak memang gua buat baju kahwin gua je nanti. Hikss. Yang baju hitam tu pulak masa birthday gua tahun lepas. Tapi ibu kasik awal awal sebab masa tu gua still menghuni kat matrik Pahang. Yelaa kann kengkononnye tak sempat nak balik sambut birthday sesama. Actually baju ni ada kain dia. Tapi kain tu gua tengah pakai ni haaa sambil taip entri ni. Baru feelingg >.<


Haaa, ini part bff gua pulak. Yang baju merah kat atas tu Wani bff gua yang kasik. Masa tu dia kasik kain je. Empat meter. Gua pun masa tu semangat sangat nak masuk matrik, last last gua buat jela baju kurung. First day class kat matrik dulu pakai baju bff kasik tuh ! Semangat kemainn lagi. Hahaha.

Yang baju kuning tu pulak Amira bff gua masa matrik yang kasik. Baju ni dia kasik gua pinjam je memula sebab masatu kitorang nak pergi outing. Last outing sebenarnya sebab masa tu gua dah get out dah dari matrik tu. Tapi tak sangka pulak dia kasik teruihh baju ni kat gua. Siyess baju ni best. Sebab tu gua sayang gila baju ni. Baju ni jugak gua pakai masa hari terakhir gua kat matrik. Dapat tangkap gambar dengan abang pun pakai baju ni. Hikss gedik kejap ;)


Yang ni pulak masa zaman gua muda muda dulu. Kononnye laahhh. Hahaha. Baju kelas gua dua dua ni. Yang hitam tu masa gua tingkatan tiga. Yela kann, masa tingkatan tiga paling banyakkkk kenangan superbb ! Sampaikan baju ni dah uzur pun gua still pakai lagi. Punye laa sayang kann.

Yang satu lagi warna putih oren tu masa gua tingkatan empat. Kenangan kat baju ni lagi gempak. Siap bergaduh gaduh manja lagi nak create design untuk baju ni. Dan yang paling gempaknye ada jugak yang title kan baju ni baju si cleaner. Heeee cleaner pun cleaner lah janji gua sayang kot baju ni ♥♥


Yeahhh dua dua baju ni baju yang nak kata banyak kenangan tak banyak sangat. Tapii boleh lah dikenang. Baju zaman gua kat matrik dulu. Walaupun sempat merasa pakai baju ni kekadang je kat matrik tapi gua tetap akan simpan baju ni leklok. Sayang kot bukan senang enn nak dapat masuk matrik pastu lari balik. Hahahaha.
Baju ni.. Buat gua bangga jadik seorang blogger dari dulu sampai sekarang. Gua pun dah lupa baju ni zaman bila punya. Tapi yang pasti baju ni masa gua dah jadik blogger la. Masa tu memang zaman gua gila gila lah menulis. Apa orang puteh kata, zaman howwttt setaff gituww. Hahaha. Siyesly rindu zaman tu, dapat kenal dengan semua blogger walaupun tak pernah join gathering dengan diorang. Sedar tak sedar dah hampir empat tahun dah gua jadik blogger sebenarnya. Masa untuk jadik blogger yang cemerlang dan gemilang serta terbilang, belum sampai seru lagi agaknya. Doakanlah satu hari nanti ke :)

Antara banyak banyak baju yang ada, baju ni lah baju palingggg rare sekali. Eh tak tak. Baju paling oldschool. Hikss. Baju ni masa gua darjah enam Yess darjah enam. Festimeee gua pergi program tunas puteri peringkat kebangsaan. Kat selangor. Mau menangis gua telefon ibu mintak nak balik sebab terlampau penat sangat masa tu. Aktiviti dia perghhh kemainn padat. Dah la gua masa tu kecik kenot je. Alahai tenaga banyak mana je kann. Sebab tula sampai ke besar ni haa gua tak boleh aktif sangat. Badan cepat penat. Tapi baju ni lah yang gua sayang sebab masa join program ni, kitorang wakil negeri sembilan dan kitorang johan keseluruhan ! Perghh memang hilang penat penat semua masa tu. Kalau ada peluang cemni lagi memang gua nak join :D
Okey last sekali baju ni. Baju sekarang. Haruslah gua sayangggg gila baju ni. Setiap hari kot gua pakai. Waktu cuti macam harini je tak payah pakai simpan kejap dalam almari. Hikss. Baju untuk gua carik rezeki. Actually ada lagi satu baju kemeja dia tapi gua tak selalu pakai baju tu sebab baju tu kecik sikit and nampak gua seksi sangat. Hahahaha.

Entri harini gua tayang semua baju baju gua ni bukan untuk riak bangga serta takbur ye. Bukan jugak untuk jualan lelongan baju. Not for sale bak kata orang kampung gua. Sesaje je carik topik untuk memenuhkan masa lapang. Kihkih.

Ada banyak lagi sebenarnya baju baju yang gua nak tayang tapi takpelah. Jenuh pulak nak memunggah satu satu dari almari kang.

And the quote of the day today..


♥♥♥



Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Ahad, 26 Januari 2014

Untuk Apa?

Untuk apa kita bertemu lalalalala ~

*tukar channel radio lain*

Untuk apa kau kembali lagi sekadar hanya untuk menyakiti ~

Ehemhemmm pitching ke laut. Better stop sebelum kena baling. Hikss

Assalammualaikum wahai ahli readers sekalian. Ececeyy bajet lagi macam ada yang nak baca entri ni.

Sejak dua menjak tiga menjak bermenjak menjak ni gua dilanda kekecewaan yang amat mendalam. Perghh ayat puitis taknak kalah woo. Mohon layankan jela kejap ye. Pelishhh untuk satu entri ni je okey? *buat muka menagih simpati*

First gua kecewa sebab haritu enn gua apply untuk jadik cikgu sekolah tadika. Memula tu beriyeeee je si ustaz Hafiz tu mintak gua datang secepat mungkin katanye sebab beliau memang memerlukan seorang guru di tadikanya. Cemni ler serba ringkas perbualan gua dengan ustaz Hafiz. Pestimeee tau on the phone dengan seorang ustaz. Ekekekeke
Ustaz Hafiz : Assalamualaikum, ni Linda ke?
Gua : Iye ni saya Linda. Ni siapa? *acah acah gangster*
Ustaz Hafiz : Ni saya ustaz Hafiz dari sekolah tadika teeeettttttttt *nama dirahsiakan*. Haritu Linda ada apply untuk jadi guru tadika kan? Pernah ada pengalaman ke sebelum ni?
Gua : *kontrol suara ayu balik* Errr saya takde pengalaman pun. Errr takpe ke mohon tu?
Ustaz Hafiz : Sebenarnya saya memang nak cari guru yang takde pengalaman pun asalkan berminat nak mengajar. Boleh datang untuk temuduga?
Gua : Boleh boleh errr tapi tak perlu bawak apa apa ke?
Ustaz Hafiz : Tak perlu pun. Datang sahaja okey.
Gua : Okey ustaz. Terima kasih.
Setelah gua booking tarikh dengan masa untuk "dating" dengan ustaz Hafiz ni, gua pun tersenyum kegembiraan. Yelah kan, dah berbulan bulan gua tunggu je masa nak jadik cikgu tadika ni, tetibe dapatt call pulak. Mau tak seronok enn. Hikss

Tapi yang frust tahap berguling tetengah jalan raya nye, bila gua pergi jek interview tu si ustaz Hafiz kata dia baru je terima email dari dua orang lagi yang berminat nak jadi cikgu tadika jugak so secara tak rasminya gua tahu la yang gua mesti kena tendang punyerr. Well, gua ada espiyemmm enam A je. Yang lagi dua orang tu entah entah ada diploma ijazah semua tu enn. Okey walaupun ustaz Hafiz tu hensem tapi gua tetap dah frust. Sobsbobss..

Second, gua lagi bertambah tambah kecewa bila gua tunggu jawapan dari satu pihak biasiswa ni dah berbulan bulan since last year kononnyee tapi akhirnye jawapan yang gua dapat tu membuatkan gua rasa nak terjun masuk dalam kolam renang jek. Iyelah kan.. Berbulan bulan kot tinggalkan gua dengan harapan yang menggunung last last haihh ini jek yang gua dapat..
Pihak Biasiswa teetttttt *nama pun dirahsiakan* :
Salam Siti Nurazlinda. Setelah membuat semakan dukacitanya dimaklumkan bahawa permohonan anda tidak berjaya kerana tidak mencapai tahap minima yang ditetapkan.
 Nampaknya memang bertangguh lagi lah niat gua nak sambung study.

Ketiganya, errrr biarlah rahsia. Ni soal sensitip sikit. Kang tak pasal pasal gua tulis entri dalam banjir kang.

Sebenarnya, gua terfikir. Untuk apa gua nak rasa kecewa dengan semua benda ni? Perkara kecik tapi kecewa tu kemainn gedabak lagi. Seriously gua rasa down to the earth sangat bila bertubi tubi perkara ni menimpa.
So quote of the day.. Bila kita redha dengan sesuatu yang mengecewakan, Allah pasti akan menggantikan dengan sesuatu yang menggembirakan. Mungkin tak secepat yang kita harapkan ataupun tak selambat yang kita sangkakan. Gua percaya ada hikmah disebalik kekecewaan yang gua alami tu.

p/s : Gua kena reject sebab gua bukan spesis yang bertudung labuh, gua rileks jekk -_- Hmm.

Esok kena kerja. Again.

Kbai.


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Sabtu, 18 Januari 2014

The Jimba Jimbut Day

Hai ! Haluuuuuu !

Assalamualaikum :)

Yeayy, lompat lompat bintang dengan gaya paling poyosss sebab dapat hapdet belog lagikk. *erkkk*

Harini gua cuti. Walaupun sehari tapi bermakna gilerrr sebab tujuh hari gua kena kerja tanpa henti. Perghhh kalah menteri cemni. Well bakal pekerja cemerlang ni. Okay mohon muntah pelangi.

Gua enn dah berazam taknak tinggalkan blog gua dengan debu debu cinta lagi sebab gua tahu ada jek yang baca blog gua tapi malu malu itik nak ngaku kann? So dengan ini gua merajinkan diri jugak laa nak hapdet satu entri untuk tatapan pembaca blog gua yang pemalu tahap itik tu. Semoga pemalu tu akan bertukar ke tahap hamster ke arnab ke. Baru comel sikit. Hikss
Muka gua baru baik demam. Kembang kembung jek gua nengok -_-

Apa je yang gua buat cecuti sehari ni? Haruslah makan tidur makan tidur je. Balas dendam kekononnyeee.

Eh tak tak. Kalau setakat makan tidur je takpayah hapdet blog pun takpe kann. Anak cucu gua mesti tak respect gua nanti kalau diorang tahu nenek vogue diorang ni pandai makan tidur jek. Haihhh kerja gua hapdet kali ni memang suka ngarut je -_- Letih korang nak baca.

Okay laa. Straight to the point harini gua pergi berjimba dengan ibu and adik kecik gua ! Yeayyy berabad gua tak pergi taman tasik kat Taiping tu, akhirnye harini gua gagahkan diri jugekk merempit ke sana. Yela kan, tetibe je si adik kecik mintak belanja eskrem mekdi walaupun hakikatnye ibu yang keluarkan duit :p

Ekceli gua takde bende nak story punggg. Gamboo je bersepah. Macam macam muka buruk gua keluarkan. So mohon sediakan baldi kat sebelah sambil menatap gambar gambar gua. Kbaii.

Opsss. Quote of the entry today...











 Boleh jadik kembar the rock tak? Hikss

Thank you for reading and watching gamboo gua yang membuatkan korang nyampah patblasratus kali. Lepas ni boleh la gua buat muka cemtu lagik. Kbaiii.


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Khamis, 9 Januari 2014

Empat Januari Dua Ribu Empat Belas

Assalamualaikum >.<

Selamat tahun baru ! Happy new year ! Felice anno nuovo !

Opps bukan motor nouvo yang korang buat rempit tu tau. Okay buat kelakar tak jadik. Hambarrrrr

Alhamdulillah, dapat jugak taip entri baru untuk santapan bijik mata sendiri. Nak harapkan ada yang baca, entah bila la kann. Makin lama makin boring je semua entri yang ada. Jadik teringat masa mula mula menulis, seronok gilaaaa. Gua menulis, ada je yang bagi respon tapi sekarang sobsobsss meleleh air hidung gua. Kejap, nak rembat tisu. Sobsobssss

Okay dah. Sambung cerita..

Sebenarnya gedik gedik je nak update entri malam ni. Yela kann, untuk santapan bijik mata sendiri. Kalau ada yang stalk blog gua tak tau la kann. Tapi rasa rasanya macam ada. Terasa? Gua kesah happeeee ! Memang korang kannn yang stalk blog gua? Tapi malu malu rimauu la tu nak ngaku. Hikss.

Ngarut lagikkk -_-

Al kisahnya nak bagitahu. Eh kejap. Bukan bagitahu. Nak menulis pasal dinner gua haritu. Gileerrr ahh. Rasa ala ala korporat pulak siap berdinner dinner. Padahal majlis makan tetengah malam je kot. Takpun lebih sesuai dinamakan majlis membuncitkan perut. Ahh boleh lah janji ada nama dinner. Hiksss gua tetap jugak nak dinner walaupun tak ala ala korporat. Okay dah jangan bantah.

Dinner gua malam tu bukan dengan someone special. Tak main laa pergi dinner dengan special one je. Tak meriah kot. Alang alang nak dinner bawak satu rombongan bas teruihh. Kompemmm riuh woii ! Hahaha

Eh taklaa gua memain jek. Gua pergi dinner dengan The Four Special Person laa. Executive in Charge gua, Supervisor gua and two geng cashier gua. Kak Syawallina, Angah, Kak Ieda dan Kak Fiqa. Diorang ni semua geng kesayangan gua. Kat tempat kerja la. Guardian Giant Taiping. Haruslah bangga sebab dengan menggunakan tulang yang tak berapa nak empat kerat ni laa gua kerja carik duit. Dah ahh semua bende nak naik harga kann? Opsss takde isu politik dalam blog ni.

So lepas balik kerja tu gua pun siap siap jelaa ala kadar yang penting kecomelan tu tak pernah hilang okay. Nasib baik ibu merajinkan diri, hantar baju untuk gua salin lepas habis kerja. Kalau tak memang double triple bangga ah pergi dinner pakai baju Guardian. Hikss

Thank you so much to our EIC, Kak Sya sebab belanja gua. Eh tak belanja kitorang staf staf yang rajin lagi comel macam gua :p *apa apa pun gua tetap kena angkat bakul sendiri okay* Pengalaman kerja dah tiga bulan ni sangat bermakna. Gua tahu erti tangggungjawab besar, erti kejujuran, erti amanah semuanyaaaaa lahhh ! Banyak pengalaman yang gua dah kutip. Susah senang kita bersatu, work in team even kekadang tu ada lah jugak salah faham. Manusia enn. Dah dah bergenang air hidung gua lagikk. Haihh

Okay dah gua malas nak mengarut pepanjang lagik. Jenuh pulak kang anak cucu gua nak membaca entri nenda nyee yang comel ni. Kbaii.

Eh, azam tahun baru gua.. Nak kahwin boleh? Tunggu imam muda teeetttttt datang meminang. Hahahahaha. Berangannn. Azam tahun baru kalau boleh gua taknak nangis nangis dah tapi haritu gua dah ternangis sebab gaduh dengan adik gua si Asyifa'. Perghhhh malu jekk. Dah byeeee

Layan gamboooo.....

1.Kekononnye kad jemputan. Tapi dah sampai tempat eh baru dapat kad jemputan ni.
 2. Gua dengan Kak Sya, EIC gua. Tetap maintain walaupun anak satu dah ni. Lebiuuuu Kak Sya !
3. Geng cashier gua yang paling manja dengan dia. Kak Ieda. Kitorang ni sama spesis suka nangis. So kimia airmata tu wujud secara natural nyeee cewahhh
4. Haaa yang ni geng gangster gua. Haruslah gangster comel sebab gua pun comel enn. Kak Fiqa ni geng gua melawak kasar. Takdenye nak sentap sentap. Sayangggg kau lah kak ! Muahh sikit. Hahaha
 5. We are girlsssss generation ! Walaupun Kak Sya dah ada Umairah. Hikss

6. Yang pakai baju belang belang macam kuda belang tu Angah. Dia supervisor gua. Supervisor ting tong. Umur dah lanjut sebenarnya. Percaya tak perangai dia macam gua jugak? Hahaha. Yang sebelah dia tu ala ala model tu enn promoter SimplySiti. Join sekali ahh sebab kepala dia pun sama jugak macam kepala gua. Hikss
7. Gua sayangggggggg geng geng Guardian gua. Rasanya selagi tak dapat panggilan seru untuk sambung belajar gua tetap akan berkhidmat dengan diorang. InsyaAllah.
8. Okayy interprameee harus ada. Ye ahh blog gua kot ! Sukati gua la nak interprameee pun kann. Selamat tahun baru !



Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!