You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Jumaat, 30 September 2011

Kelebihan Dan Keburukan Silent Readers

assalamualaikum .

ehem ehem ! testing jari okayy .

Selamat menjawab soalan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) yang akan berlangsung pada minggu hadapan ya . insya-Allah , hari Selasa kan ? semoga semua pelajar tingkatan tiga tahun ini akan berjaya dengan cemerlang serta dapat mengharumkan nama diri sendiri , keluarga sekali gus meningkatkan martabat sekolah :) *macam ayat masa jadi pengacara majlis tadi .

linda taknak cerita pasal PMR sudah , itu tahun lalu kan ? so , now kita bukak buku baru .

lepas majlis restu ilmu tadi , ada seorang adik yang comel datang bersalaman dengan linda . sungguh tak sangka , beliau juga salah seorang pembaca senyap di blog linda . sungguh-sungguh terharu tau . nasib baik tak melompat-lompat kat situ tadi ^ ^'

gambar credit kepada tuan blog yang comel : Lisa Arissa

actually , linda juga salah seorang silent reader . mesti ada yang tak suka silent readers kan ? iyelah , datang blog orang tapi senyap aje . komen tidak , tinggalkan tapak jari kat shoutbox pun malas .

okayy , linda rasa lah kan , silent readers ni sebenarnya bagus . bila kita jadik silent readers , bukan bermakna kita malas nak komen . kita cuma taknak menonjolkan diri kita di kotak komen atau shoutbox tu . manusia alam semacam gini mungkin malu atau tidak ada keyakinan diri untuk mengkomen entri-entri orang lain . lagi-lagi kalau si silent reader ni suka sangat baca entri retis blogger . memang takkan komen sikit pun lah !

tapi , silent readers juga ada keburukan tau . salah satu nya , mungkin silent readers ni suka copycat entri orang . sebab tu beliau hanya singgah untuk baca dan mungkin meng-copycat ayat-ayat di entri orang . itukan cara yang selamat , tuan punya entri yang telah di-copycat takkan tahu siapa yang curik ayat di entri beliau *sepandai-pandai semut merangkak , akhirnya jatuh ke dalam gula juga kan ? ;)

p/s : hanya sekadar pendapat yang merapu ! jangan kecil hati ya :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Selasa, 27 September 2011

Mencintai Seseorang Tanpa Disedari Itu Indah ?

assalamualaikum .

sangat menyampah bila kena buat entri tahap orang dewasa macam gini . lagi-lagi bila ada yang mempertikaikan blog linda yang huduhh lagi kudus ini . ehh , linda sedar diri lagi tau . linda bukan 'retis' blogger ^ ^'

disebabkan linda sangat malas nak buat homework , akhirnya terpaksa jugak mengeluarkan entri yang hanya sekali ni aje linda buat . lepas ni , jangan harap lah korang nak jumpa entri jiwang karat macam gini lagi *mungkinkah ?

siapa kata cinta tu best ? mehh nak kira .. satu dua tiga lima sembilan doblas duaratusjuta , okayy ! cukup . linda memang lemah subjek mengira banyak nombor , subjek matematik linda boleh aje =p

actually , kita berkenalan hanya dalam laman muka buku macam Najwa Latif kata tu takde lah indah mana pun . bukan linda nak protes lagu Najwa Latif ya ! ini sekadar pendapat mereka-mereka di luar sana .. bila dah namanya pendapat , mesti lah berlainan kan ? linda rasa , lirik lagu itu sangat senang difahami oleh korang kan ?
bila kita kenal seseorang , first kita mesti sekadar kawan-kawan kan ?
bila dah kawan-kawan , kita mesti nak teman tapi mesra pulak .. kan ?
bila dah teman tapi mesra , confirm kita nak jadikan si dia yang teristimewa di hati kita .. itu sangat pasti !

tapi , kita sedar tak ? dalam proses kawan-kawan , teman tapi mesra sampailah ke tahap yang teristimewa itu merupakan satu proses yang sangat indah ? kadang-kadang kita tak sedar , bila masa kita mula suka , sayang dan akhirnya cinta kat seseorang tu .

pernah tak korang rasa ...
rindu , bila si dia tak online ?
pernah tak korang rasa ...
gembira , bila si dia like status korang ?
pernah tak korang rasa ...
sakit hati , bila si dia duk menyibuk interframe kat status para perempuan ?
dan pernah tak korang rasa ...
nak bunuh semua perempuan yang ada dalam friend list si dia ?
*jangan tiru aksi ini okayy ! ;)

haa , kalau korang ada rasa serasa macam gitu means korang jatuh cinta lah kat si dia . mudah kan ? tanpa korang sedar , sebab tu cinta itu banyak yang menipu sejak dua menjak ni .

lets say korang kenal dengan ramai lelaki / perempuan . adakah korang rasa yang sama pada semua lelaki / perempuan itu ? fikir-fikirkan lah ...

p/s : bila dah heartless , orang suka kita banyak mana pun dah takde respon kan ?


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Ahad, 25 September 2011

Bila-Bila Aje Kita Boleh Jatuh , Tapi Mampukah Kita Untuk Berdiri Semula ?

assalamualaikum .

merajuk punya pasal , hampir satu hari tak sentuh lappy . sangat bangga kerana dapat merajuk untuk hari ini *kesian , takde siapa nak tolong pujuk .

okayy , taknak merajuk sudah ^ ^'

habis aje mandi , tiba-tiba teringat yang diri ini masih ada blog yang setia menunggu . ohh , sangat berat beban ini . biarpun tak ramai yang mahu membacanya , linda tetap akan menulis . itu kan hobi linda ? so , walaupun sia-sia menulis linda tetap akan teruskan jugak .

linda pernah rasa zaman kejatuhan blog . linda juga pernah rasa zaman kegemilangan blog *cehh , dah macam belajar sejarah pulak . rasanya semua orang pernah mengalami zaman-zaman itu kan ?
dan linda yakin , kita mudah untuk jatuh tapi bukan senang untuk kita bangun semula dari kejatuhan itu . bila kita dah jatuh , confirm sakit kan ? lagi-lagi kalau jatuh tergolek-golek . linda yang dah besar gedabak ni pun masih boleh menangis mengalahkan budak kecik .

bila kita dah jatuh , kita pasti akan ambil masa yang lama untuk bangun . pernah tak kita terfikir , kenapa kanak-kanak yang baru nak belajar berjalan tak pernah serik untuk cuba berdiri semula walaupun dah jatuh beribu-ribu kali ? pasti ada hikmahnya kan ?

p/s : okayy , sangat bangga sebab Encik Nuffnang masih kaku sebanyak empat hengget


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Sabtu, 24 September 2011

Kesian Hati Kita Kalau Selalu Sangat Patah . Mesti Sakit Kan ?

assalamualaikum .

wallaawehhh ~ linda asyik tulis entri jiwang-jiwang aje kan ? rasa geli pulak bila kena baca balik . then , gelak sorang-sorang akhirnya dicop gila oleh adik sendiri *sentap ni :(

tak kira , tak kira ! suka hati linda lah kan nak update pasal jiwang ke , rewang ke .. blog linda , kan ? ada sesiapa yang tak suka ? boleh kasikk kritikan yang penuh dengan kesopanan kat kotak komen linda tu . takpayah tulis nama , nanti linda carik sampai jumpa kang *takut tak ? sila takut cepat !

ehh , tapi kan .. linda rasa betul apa yang linda tulis ni . korang pernah terfikir tak ? berapa banyak kali korang patah hati ? orang kampung linda cakap "frust menonggeng" . dan bila korang patah hati kan , apa yang korang buat untuk sambung balik hati korang yang patah tu ?

seriously , linda sangat kesian kan manusia alam yang patah hati . iyelah kan , dah lah hati tu bentuk love . kalau patah mesti bergerigi kan ? burukss ! yuckkss !! *mitos semata-mata , jangan percaya ya .

sampaikan ibu tercinta berkata tadi ,
"cinta tu tipu sebab bila kita ehem-ehem dengan si A , kita kata kita cinta si A . tapi bila kita ehem-ehem dengan si B , si A tu kita lupakan . sedangkan kita pernah cintakan si A . padahal , cinta tu hanya untuk sorang aje , mana boleh ramai-ramai . kalau ramai tu maknanya cinta tipu lah ."

ouhh , sangat tak sangka si ibu tercinta boleh berkata demikian . nampak sangat taknak kasikk anak beliau bercinta kan ?

p/s : Single is not a status , it is a word that best describes a person who is strong enough to live and enjoy life without depending on others .


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Jumaat, 23 September 2011

Semua Perkara Yang Diinginkan , Wajib Jadi Kenyataan ?

assalamualaikum .

tamat sudah perjalanan hidup untuk hari ni . alhamdulillah , hari ini berjalan lancar walaupun ada lah manusia-manusia yang tempek taik kambing merata-rata . nak tunjukkan diri sendiri sengal pun , takpayah lah sampai macam gitu kan ?

actually , linda sangat pelik dengan segelintir makhluk alam yang suka ikutkan keinginan . tipu sangatlah kalau linda kata linda takde keinginan kan ? tapi , cuba fikir .. keinginan yang macam mana kita boleh jadikan ia kenyataan ?

contohnya soal hati . itu keinginan kan ? sebab kita semua ada nafsu walaupun bilangan nafsu itu berbeza untuk lelaki dan perempuan *kalau pon-pon linda tak tahu lah pulak ada berapa - maaf , ini bukan kata-kata menghina =p
contohlah , si Jenab inginkan si Meon jadik boyfriend beliau . tapi si Jenab ni sangat malu untuk berterus-terang *mana ada perigi carik timba kan ? so , si Jenab ni redha aje lah dengan apa yang berlaku .

tapi , kes si Melah yang inginkan si Midon (kembar si Meon) jadik boyfriend beliau ni lain sikit . si Melah ni gelojoh benor . nak semua perkara yang beliau inginkan , WAJIB jadi kenyataan . kalau tak , si Melah ni nak tulis karangan SPM lah sebelum pergi tak kembali .

pada pandangan korang lah kan , yang mana lebih baik ? pendam keinginan kita , ataupun nak sangat keinginan tu jadik kenyataan tapi bila keinginan tu tak dapat jadik kenyataan , mula lah sesi bedah diri sendiri . *cepat , tolong pilihkan untuk linda :)

p/s : perlu ke ambek contoh boyfriend girlfriend ni ?


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Khamis, 22 September 2011

Perempuan Tak Boleh Bergurau Ikut Cara Lelaki

assalamualaikum .

okayy , hari ni linda memang sentap gila ! sampaikan dua kali nangis alim-alim kambing kat dalam kelas . entah kenapa hari ni Miss Heart sangat sensitif . sikit-sikit suruh Miss Eyes tumpahkan air mata *bencilah kalau asyik nangis :'(


patut ke kalau lelaki mencarut kat perempuan ? wehh , tak gentle dohh ! dengan perempuan pun nak lawan . adoi , bukan saingan lah macam gitu .

tak semua perempuan boleh terima kalau lelaki berkasar dengan dia . dan linda tergolong dalam kategori perempuan yang tak boleh terima gurauan berlebihan . mudah sangat tersentuh . lagi lah kalau lelaki tu mencarut kan ?

*this is a real of me , don't ever like me if you are really don't like me ! ( english linda memang suka berterabur )

dan walaupun lelaki tu tak mencarut kat linda , tapi as a very sensitive person linda akan tetap terasa yang teramat sangat . iye lah kan ? siapa suka kalau kaum kita sendiri dihina , dicarut-marut .. siapa suka ? *mehh linda nak kasikk pelempang .

so , conclusion nya .. jagalah mulut anda sebleum mulut anda dijagakan oleh linda ~ sekian .

p/s : tak suka lah bawak motor ada gear ni . leceh !


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Selasa, 20 September 2011

Terasa Pelik Bila Dengar Satu Fakta Tentang Lelaki Arab

assalamualaikum .

teruja gila bila cikgu Bio kembali mengajar sepeti biasa . iyelah kan , dah dua bulan beliau cuti selepas bersalin . so , kena lah kembali menjalankan tugas sebagai seorang guru yang berdedikasi kan ?

budak-budak kelas linda memang sangat "manja" dengan beliau . mentang-mentang lah beliau kecik comel aje , tak pernah marah kitorang langsung .. so , menggedik lah jadinya kan ?

sepatutya hari ni kitorang kena belajar bab tujuh . tapi disebabkan dah dua bulan cikgu cuti , dan kitorang tak pernah faham langsung apa yang cikgu-cikgu ganti tu ajar , maka dengan secara paksa dan rela nya cikgu Bio kitorang kena ulang semula bab enam .

bab enam tu ada lah belajar pasal nutrition . pasal karbohidrat , protein , vitamin dan seangkatan dengannya . bila sampai sub-topik protein , mesti lah ada ikan , ayam , daging dan lain-lain .

tapi , yang agak mengejutkan .. bila cikgu cakap pasal daging .
"lelaki arab suka makan banyak daging , sebab tu nafsu mereka tinggi dan disebabkan itu juga wanita arab memakai tudung litup."

kitorang semua ... blurr seketika . macam tak percaya kan ? tapi itu fakta , kena percaya jugak ! *linda paksa ni ^ ^'
*tak heran lah kalau Lady Gaga macam gini kan ?

you are what you eat . itu kata-kata cikgu linda :)

p/s : cikgu linda tu ada nama . maaf kalau tak mention awal-awal tadi . nama beliau ialah Puan Emmy Mastura . We love her damn much .


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Nak Cantas Orang Sekalipun , Agak-Agak Lah Kan ?

assalamualaikum .

macam biasa , online pagi-pagi lagi . kononnya nak jugak capaikan hasrat nak bina eyebag .
" hey , please lah ! takpayah nak berangan sangat . setakat tak tidur , takde maknanya eyebag kau tu boleh menggoda orang . "

hello ! I bukan suka-suki aje nak bina eyebag ni . ni lah masalah manusia kan ? bila tengok orang baru nak jadi "retis" sikit , dah dengki beria-ria benor . jangan nak jadi kolot sangat tau , awak tu baru aje dalam dunia blog ni . linda bukan nak kutuk awak lah kan ? actually , linda menaip entri panjang berjela ni bukan untuk awak sorang aje . ramai lagi yang sudi baca entri picisan linda ni *terperasan ramai pulak kan ? ^ ^'

linda tahu , linda tak sehebat ''retis-retis'' blog yang lain . dan linda tak setanding mereka . linda berblog pun , belum sampai setahun . so , apa lah yang nak didengki kan ? takde faedahnya ..
*ada maksud tersirat ? siapa tahu ? ;)

dulu , linda dah pernah cakap . kalau tak suka linda , tak suka blog linda better tak payah tempek mata kat sini . linda tak pernah kisah . sebab linda tahu , bukan semua orang sempurna kan ? dan tak semua orang suka kat kita kan ?

kalau awak teringin nak jadi ''retis'' juga , belajar untuk jangan dengki ''retis'' yang sedia ada . biarkan , itu rezeki hidup masing-masing . dengan cara itu , kita dapat mengenali mereka . cuba bayangkan kalau takde internet dalam dunia ni , of course blog takkan ada kan ? bila blog takde , confirm kita takkan kenal mereka kan ?

so , biarkan lah . tak payah lah asyik dok sibuk jaga tepi kain orang . serius linda cakap , kalau nak cantas linda sekalipun , takpayah lah melalui orang lain . okayy , just straight to the point and say "woi pompuan ! sumpahh aku benci kau !" haa ... kan senang cerita tu ?

linda nak mengamuk tak tentu pasal kat sini pun macam takde guna kan ? sebab nanti lagi teruk linda kena cantas . kepada yang 100% tak suka linda tu , dipersilakan lah jangan datang ke blog linda , jangan pernah add linda kat Facebook . lagipun , linda dah tak pernah approve manusia alam yang linda tak kenal . kalau nak add jugak , sila inbox kat linda nama penuh anda , nyatakan sama ada anda kenal linda ataupun tidak . itu sahaja .

kepada yang 50-50 suka linda tu , linda bersyukur sebab masih ada manusia alam ini yang suka linda kan ? siapa nak diri sendiri dibenci orang sekeliling . linda mohon supaya korang teruslah support linda , beri tunjuk ajar kepada linda dan BUKAN MAKI linda tak tentu pasal okayy .

p/s : kenapa sejak-sejak ni suka sangat emo ehh ? ;)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Isnin, 19 September 2011

Maya ?


tajuk entri terpendek yang pernah linda buat . iye lah kan , orang dok sibuk buat tajuk entri berjela-jela .. takkan linda nak tiru jugak kan ? nanti dikatakan tumpang populariti orang pulok . linda yang susah nanti ..

ini bukan lah entri yang melibatkan pelakon terkenal plus tercantik , Maya Karin ni haa . but hari ni linda nak kongsi satu fakta yang linda rasa agak menarik perhatian linda .

fakta ni biasalah kan , linda dapat dari kelas sejarah pagi tadi . walaupun mata linda memang tak larat nak bukak , tapi linda still dengar apa yang cikgu cakap tau . tak pernah-pernah linda mencari dan mengkaji semula apa yang cikgu sejarah linda cakap waktu dalam kelas . habis aje kelas sejarah , dah rasa merdeka gila ! *siapa yang suka subjek sejarah wehh ?

okayy , actually linda nak kongsi pasal Maya . ehh , bukan adik atau kakak korang tau . juga bukan mummy , aunty atau grandma korang . dan takde kena mengena dengan kaum lelaki yang ada girlfriend bernama Maya .

but ini Maya special case . Tamadun Maya .. itu lah Maya yang linda dok heboh-hebohkan .macam pelik tak , nama Maya boleh dibuat tamadun ? zaman dulu-dulu kala lah .

yang linda tahu , tamadun Maya ni ialah penduduk selatan Mexico dan utara Amerika Tengah . linda pun tak faham , kat mana sebenarnya kaum ni duduk . iye lah , dah duduk tengah-tengah kan , so keliru jugak lah .

cikgu cakap , cikgu suka tengok hasil seni bina tamadun ni . ukiran batu diorang cantik . kalau lah kaum Maya ni wujud lagi , confirm linda tempah sorang untuk ukir dinding kat bilik linda ni =p


korang yang nak tahu pasal kaum ni , boleh search aje kat pakcik Google . semua nya ada .. :)

p/s : ada sesiapa pandai buat sajak cinta ? ^ ^'


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Ahad, 18 September 2011

Kalau Niat Kita Betul , Rasanya Takde Masalah Kan ?

assalamualaikum .

selamat tengah malam buta . macam yang linda cakap dalam entri INI , linda takkan dapat tidur awal dah lepas ni . sebab linda ada satu projek iaitu membina eye bag setebal yang mungkin . siapa tahu boleh masuk Malaysia Books of Record ke .. kan ? =p

*kalau ada eye bag macam panda ni , comel jugak kan ? ;)

hari ni , tambah lagi satu cabaran hidup bergelar remaja . biasa lah kan , manusia memang selalu tak puas hati dengan manusia . kadang-kadang tu dengan binatang pun manusia boleh tak puas hati . tak dapat nak dipertikaikan lagi .. itu lumrah dunia .

tapi , bila kita selalu pertikai kehidupan orang , cuba sekali-sekala kita pertikai kehidupan kita . sama ada kita ni dah cukup sempurna atau tidak . orang yang selalu pertikai hidup orang selalunya lah kan hidupnya belum cukup sempurna . atau mungkin dah sempurna cuma dia aje yang tak reti nak menghargai kesempurnaan hidup itu .

tak dinafikan , bila kita ada kemudahan , mesti kita nak gunakan kemudahan tu kan ? lets say , kita ambek contoh linda . nanti ambek contoh orng lain , ada pulak yang tanam bunga dalam hati pulak . kononnya nak buat macam flower garden lah kan ?

_______________________________________________
okayy , lets start .

linda baru dapat lesen motor . walaupun baru L okayy . tapi , niat linda hanya satu . ambek lesen semata-mata untuk kemudahan nak pergi ke sekolah . jalan-jalan ? bohong sangatlah kalau takde kan , tapi takpe if sometimes .. bukannya everyday .

then katakan lah ada seorang pakcik ni nak samakan kehidupan linda dengan kehidupan anak beliau . konon-kononnya lah kan , anak beliau pun ada lesen lebih awal daripada linda . but he or she salah gunakan kemudahan lesen tu tadi . anak pakcik ni , gunakan lesennya untuk keluar sesuka hati tanpa menghiraukan kehadiran ibu dan ayah di sisi . memang lah buruk benor perangainya kan ?
_______________________________________________
bagi linda , kalau niat kita betul .. insya-Allah , betul lah jadi nya . kalau tidak , memang payah lah kan ? mula lah gejala sosial semakin menular dalam kalangan remaja kita *ayat karangan BM ni ^ ^'

tetapkan tujuan hidup , pasti berjaya ! kan ?

p/s : gambar yang takde motif langsung . saje nak promote helmet .
pesanan khidmat masyarakat : ketatkan topi keledar anda , ingatlah orang yang tersayang ;)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Maaf Atas Janji Semalam + Happy Birthday , My Love Rara !

assalamualaikum .

wehh , sumpahh sedih ! semalam linda janji nak post pasal kuih karipap buatan air tangan sendiri tau . tapi tak dapat sebab adik linda bawak satu rombongan kawan beliau , tidur kat rumah . siap bercamping depan rumah lagi . memang tak sah lah kalau tak pulun berukband kan ? menangis terguling guling tau semalam . kesian tak ? *minta simpati ni wehh ...

hari ni kan , my lovely Rara sambut birthday beliau yang ke limablas tahun , KOT ... hehe . actually , umur si budak Rara ni tak dapat dikenalpasti . sebab linda tak pernah tanya pun pasal umur beliau . beliau ni nampak macam budak kecik sangat . budak kecik kan comel aje ^ ^'

see , what I say ? she has a natural beauty . thats why I'm very admire her .

Happy Birthday My Rara sayang . No matter what , I always love you . Since we know each other , I love you damn much . You memang tak tahu , but hubungan you dengan my cousin dulu tu yang buat I admire you so much and then muncul perasan sayang yang teramat sangat . I love you so much , like my other sisters :) I always pray for your happiness . May Allah bless you , my Rara sayang .

haa , before I forgot .. korang boleh skodeng si Rara ni kat Facebook dan Blog beliau . picit aje kat bawah ni :

Facebook : Azmieera Rara

p/s : Rara sangat comel okayy , thats why I admire her . tapi , jangan pulak korang rasa korang tak comel . linda tetap sayang korang semua tak kira paras rupa tau . sebab linda pun tak secomel Rara ni . I love you all bloggerians :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Sabtu, 17 September 2011

Kadang-Kadang Teringin Juga Nak Buat Header Sendiri

assalamualaikum .

dulu kan , masa linda selalu contact dengan Abgteror , beliau selalu buatkan header untuk linda . ada banyak sangat , sampai tak terguna kesemua header tu . header beliau sangat cantik , sampaikan linda sayang nak guna kesemuanya . terima kasih Abgteror !

tapi kan , sebagai manusia .. linda juga ada kehendak . memang kehendak tu takkan lari dengan jiwa manusia . biasalah , linda tak boleh tengok orang buat something . mesti linda nak ikut jugak . asalkan benda tu menarik di mata linda .

bila orang design header untuk blog sendiri , rasa teringin nak design header pun muncul jugak . dan akhirnya jadik lah header yang tak seberapa nak rupa header ni *korang jangan puji tau , kutuk aje yang dibenarkan =p

agak-agak bila linda boleh gunakan hasil kerja linda sendiri ?

p/s : ada sesiapa yang baik hati nak ajarkan linda buat header yang lebih cantik ? ;)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

"Kalau Tak Lulus , Jangan Balik Rumah !" Akhirnya Kata-Kata Itu Menjadi Penguat Semangat Linda

assalamualaikum .

excited semalam akhirnya berakhir jugak dengan kegembiraan . alhamdulillah , mungkin berkat doa korang semua semalam , linda lulus ujian komputer hari ni .

keputusannya ? takde lah sehebat mana . bolehlah nak hidup , setakat 45/50 aje . tapi , linda bersyukur gila sebab lulus . iye lah kan , kalau tidak kena ulang semula . melayang tujuhblas hengget . tambah pulak dengan "ugutan maut" ibu tersayang . alahai .. lagi kecut perut lah nampaknya .

ehh , linda tak malu langsung walaupun baru terkedek-kedek nak ambek L okayy . daripada manusia abad ini yang takde lesen sama sekali kan ? tapi , tak malu bawak motor ngeng sana ngeng sini =p *dulu pon linda termasuk dalam golongan manusia itu , so taknak pertikai orang lain lah . hehe .

penat baca buku undang-undang tak habis lagi , terpaksa sambung siapkan kerja khusus akaun pulak . nanti petang nak pergi open hauss lagi . esok ? jadual lagi padat dari pagi sampai ke petang . nak kena tadah telinga kat tempat yang sama lagi , then kena buat praktikal sampai tiga jam .. ohh , seksa !

before that , nak promote blog kawan linda lah hari ni . apa kata korang pergi kat sini
she's a new bloggie :)

p/s : dah lama tak blogwalking , tunggu kedatangan linda ke blog korang ya !


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Tak Semua Orang Memahami Hati Kita

assalamualaikum .

nampak gayanya , dah start balik lah zaman membina eye bag yang hampir hilang suatu ketika dahulu . orang lain dah nyenyak tidur sambil bertemankan mimpi Shah Rukh Khan gelek dangdut , linda still mengadap lappy ni dan hanya ditemani oleh berukband yang sangat mematuhi peraturan di alam maya *oh , bersabarlah hati .. dah hujung-hujung bulan memang cenggini kan ?

korang tahu kan ? umur linda baru enamblas tahun tigablas hari . tapi , linda rasa linda ni macam remaja yang berumur namplohsatu tahun tigaploh hari pulok . tua sebelum umur yang sewaktu dengannya . erti kata lain , rasa dah banyak melalui perjalanan hidup yang berliku-liku.

macam-macam masalah yang linda hadapi , kadang-kadang masalah tu sangat tak sesuai dengan umur linda . pernah tak korang terfikir tentang masalah yang sangat sukar untuk korang selesaikan ?

ramai orang nak hidup sebijik macam dalam novel . semuanya indah . kalau derita pun , masa bab ke doplohlima aje . bila dah masuk bab tigaplohsatu , bahagia semula .. dan seterusnya dapat terus hidup dalam kebahagiaan . My Happy Ending ... kan ?

linda juga , teringin nak jadi macam Aryana dalam novel Yess , Boss !
sanggup cover line ' boss ' yang kaki perempuan , sanggup pujuk kekasih-kekasih ' boss ' bila mereka bergaduh dengan si ' boss ' , sanggup buat itu dan ini demi ' boss ' tersayang . apa yang si ' boss ' cakap , satu pon tak boleh bantah . hanya perlu dikuti dengan sebaris ayat yang wajib - Yess , Boss !

kalau semua perempuan setabah Aryana , mesti bahagia . kalau semua perempuan mempunyai kehidupan seperti Aryana , alangkah gembiranya . kalau semua perempuan sangat memahami seperti Aryana memahami boss nya , pasti terasa indahnya dunia .

tapi , disebabkan tak semua orang mempunyai sifat seperti Aryana , kadang-kala merana lah hati , merajuklah jiwa . susah kan ? linda terfikir , sebenarnya apa yang linda inginkan dari hidup linda . korang pernah terfikir ?

bangun pagi , mandi , makan , solat , buat apa yang patut untuk hari ini , dan sambung tidur semula . itu hidup manusia kan ?

p/s : dan kadang-kadang kita terpaksa mengambil keputusan yang mungkin akan mendatangkan kebaikan kepada diri kita , tetapi mungkin juga menyebabkan orang lain menderita .

++p/s : entri agak panjang dan menjiwang . doakan linda lulus ujian komputer esok =p


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Selasa, 13 September 2011

Entri Tertunda Akhirnya Disiapkan Juga

assalamualaikum bloggerians ...

sihat semua nya ? linda baru aje berehat dari gosip liar yang melanda diri linda . sesiapa yang mengikuti perkembangan blog linda ni , insya-Allah tahu apa masalah yang dihadapi linda sebelum ni . Alhamdulillah , masalah tu belum selesai sepenuhnya tapi dalam proses menyelesaikannya .

cuma sekarang , masalah tu dah sampai ke dinding sekolah .

dinding sekolah pon dah jadik macam Facebook . canggih kan budak budak kat sekolah linda ? ;)
okayy , biarkan masalah tu berlalu .. malas nak fikir , nanti mula lah jerawat bersarang atas muka linda *penampilan haruslah dijaga kan ? sangat bajet okayy ! hehe .

semalam , first time konvoi raya dengan kawan kawan . sangat gempak okayy . tak tahu nak digambarkan perasaan tu macam mana . sanggup keluar dari pagi sampai ke petang semata mata nak pergi beraya aje . sedangkan homework satu haaareemm pon tak sentuh .

kesudahannya , mengamuk lah cikgu kesayangan kitorang semua . kalau dah pergi beraya kan , wajib lah ada gambar kan ? posing sakan .. itu lah kitorang . linda sure semua orang yang gila posing , mesti wajib posing kan ? walaupon tertinggal kamera , sanggup singgah kat rumah kawan demi kamera tercinta .




okayy , tak larat nak tulis panjang panjang , banyak kerja nak kena buat lagi ni .

p/s : saje nak bagi blog linda lambat loading , tu yang tempek gambar banyak banyak :p


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Jumaat, 9 September 2011

Tanggungjawab Memaksa Linda Untuk Berbuat Demikian . Tak Payah Sampai Nak Gertak Dalam Facebook .

assalamualaikum .

update sepantas kilat hari ni . kenapa ? jangan ditanya , sebab kebengangan melanda diri ketika ini ^ ^'
jangan segan segan untuk melihat gambar ini MEMBESAR .

korang , linda ada tanggungjawab . korang boleh rasa tak apa yang linda rasa sekarang ni ? linda hanya manusia biasa yang kudus dan masih banyak kekhilafan . sumpah , linda memang sentap gila bila bukak aje Facebook tadi , terus jumpa mesej macam gini .

tak payah lah gertak linda sampai macam gini . linda takde niat nak mara atau nak buat sesiapa sakit hati . linda cuma jalankan tugas linda sebagai seorang pengawas sekolah . linda tak pernah mintak dilantik , linda tak pernah mintak untuk pegang tanggungjawab sebesar ni . linda cuba buat apa yang diamanahkan . salah kah ?

linda sentiasa hormat semua orang if semua orang tu hormat linda . tolonglah , tak payah nak bebankan kepala hotakk linda dengan masalah yang dicipta sendiri oleh orang yang tak puas hati dengan linda tu . linda dah penat .

linda pernah mintak resign daripada jawatan tu , tapi cikgu tak pernah endahkan . so , apa yang linda boleh buat ? pindah sekolah ? lari dari semua masalah yang ada ? tak mungkin sebab masalah tu akan ada di mana mana . lari lah ke dalam lubang cacing sekali pon , masalah tetap akan muncul . am I right bloggerians ?

err , ni lagi satu problem . baru jumpa tadi .. picit SINI nak kasikk besar .
p/s : doakan linda tabah ya korang .. TQ


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Isnin, 5 September 2011

Segmen : Aku Mahu Readers Setia

assalamualaikum .

'' serius toqq , gua rasa kali ni memang entri lu bajet femes gila . tak tambah lagi dengan perangai lu yang gila trafik ni , memang sesuai sangat lah lu join segmen macam gini toqq . *pengaruh Hantu Bonceng lebih sangat ni :p

ehh , takde lah . abaikan ayat hina-dina di atas . takde kena mengena antara yang mati , yang hidup ada kot . haha , apa kah ? ;)

cukup sudah linda mencarut ( pembetulan : mengarut ) sebagai mukadimah entri busuk ni . actually , linda memang minat gila dengan segmen ni . bukan sebab linda gila trafik okayy . kalau gila trafik , linda boleh pergi cari traffic light kat taiping ni . bersepah ...

klik SINI kalau nak join jugak ya .

linda nak join segmen ni , suka suka aje . segmen ni kan untuk kita kita aje . so , untuk meneruskan nyawa blog huduh linda ni , linda terpaksa lah buat entri ayang agak merapu untuk korang melahap . walaupon entri linda ni selalu tak cukup garam , gula bahkan pak aji naik motor .

blog linda ni ada ke entri yang best ? selalunya bila entri yang best mesti lah dapat banyak comment kan ? tapi entri linda yang ada kat dalam blog huduh ni semua banyak comment dari diri linda sendiri . iyelah kan , linda nak balas satu satu komen korang , so linda lah top commentator ! :))


bab tag meng-tag ni memang linda paling malas , terutamanya nak carik blogger lelaki . comfirm tak jumpa yang berkenan di hati . al maklum lah , bila dah heartless , lelaki hensem depan mata pon tak nampak *HAHA , konon aje ni , statement penipu .


p/s : okayy , sumpah linda tak kisah kalau korang still nak cakap linda gila trafik . HAHA


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!