You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Khamis, 1 Mei 2014

Semuanya Boleh Terjadi

Hai.

Since aku takde kerja nak buat malam malam gini. Kerja pun dah habis petang tadi. Walaupun harini hari pekerja aku tetap kena kerja. Dan sekarang kerja aku membebel sorang sorang kat blog ni. Hmm.

Aku cuma teringat. Eh tak tak. Terkenang sebenarnya. Terkenang manusia manusia yang pernah muncul dalam hidup aku. Datang dan pergi. Itu lumrah kan?

Kalau nak disenaraikan berapa ramai lah manusia yang pernah datang dan pergi dalam hidup aku. Kadang tu datang, terus pergi tak datang balik dah. Kadang tu pulak, datang lepas tu pergi lepas tu datang balik. Bak kata adik aku, macam biskut chipsmore. Eh apa kena mengena?

Pernah aku terfikir. Manusia yang dah tak datang balik dalam hidup aku ni, agak agak boleh tak muncul semula? Dan manusia yang memang ada depan mata aku sekarang ni, akan terus berada di depan mata aku atau sebaliknya?

Ini lah kuasa Allah. SusunanNya indah. Tiada yang mustahil bagiNya. Aku bersyukur kerana aku salah seorang yang hidup atas muka bumi ni dapat ikut aturan yang ditetapkan untuk aku. Apa tuu orang kata? Ikut flow :)

Dan aku rasa sampai sini je tazkirah malam jumaat aku. Entri ni sebenarnya khas untuk orang yang terasa dirinya semakin jauh dengan aku je. Eh terasa? Memang nak bagi terasa pun. Hikss

Kbaii.

*makin lama aku rasa entri aku kat dalam blog ni makin merapu. Semakin malas aku hapdet blog, semakin merapu entri yang dapat aku hasilkan. Okey hypothesis accepted*


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!