You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Selasa, 31 Mei 2011

Nak Tayang Header Baru Kat Korang !

assalamualaikum.
Align Center

entry ni dah lama linda kepam kepam jadik pekasam. teruk betul aktiviti cuti sekolah ni, melancong sakan. memang tak sempat lah nak siapkan entry busuk ni.

rancang nak balik kampung tercinta di johor. alih alih kelantan pulak yang linda sampai. tak cukup kelantan, pahang, KL dan negeri sembilan pon linda jelajah. dasyatkan cuti cuti cinta linda kali ni ? HAHA

oke oke, itu intro aje. abaikan ye.

actually, entry kali ni berunsur riak sikit. korang tahan aje lahh ye dengan keriakkan linda yang mungkin akan membuat kan korang termuntah pink seketika. *cewwahh, over gila ayat !!

ni haa, linda ada request header kat salah sorang blogger ni. Abgteror nama ehh. korang tak kenal ke ? dah cukup famous dalam dunia blog ni. korang tak kenal jugak ? mehh pergi blog beliau kat SINI.

memang gempak lahh header dia buatkan untuk linda. ringkas tapi cantik. meletupp ! booommm !!

jom layan header linda baru linda ni..
ni masa mula mula linda request kat beliau. cantik kan ?

ni pulak linda baru dapat tadi, rasa macam lagi lagi lagi lahh comell !! sukasuki hati linda. :)

haa, apa pendapat korang ? cantik tak ? linda memang suka sangat sebab ni header pertama yang linda dapat lengkap dengan gambar linda. free pulak tu ! pantang jumpa lahh benda free ni kan ?

ehh ehh, betol ke cikKacak kata pakcik Google nak padam blog para blogger yang tak tinggalkan blog sampai tikus pon boleh buat sarang ? wahh ~ ngeri lahh !! kena lahh update selalu kan ?

p/s : macam mana nak ubah header ni ehh ? ;)

terima kasih sudi baca :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Sabtu, 28 Mei 2011

Bertambah Sayang Pada NUFFNANG !

assalamualaikum.

masak lahh korang dengan linda hari ni. linda terover excited tau nak mengupdate blog. biasalah kan, durian runtuh pagi ni.

jenuh bila nak mengupdate, cik idea diperah keluar dari kepala otak linda ni. jari jemari yang tulus mulus pon naik jemu dah nak picit picit keyboard lappy. tapi, berkat kesungguhan linda, akhirnya membuahkan hasil yang agak lumayan.

Nuffnang macam tahu tahu aje linda nak duit. yelah, tak bertambah tambah pon nilai kat Nuffnang tu. asyik macam gitu aje. tapi tadi, linda melawat Nuffnang dan akhirnya linda jumpa benda ni !!
*klik SINI untuk tumbesaran

sangat tidak diduga. Nuffnang bagi sedekah kat linda. suka gila bila tengok nilai dah semakin meningkat. Alhamdulillah. bila tengok duit naik, kesayangan dan kechentaan linda pada NUFFNANG semakin membara.

nak melamar Nuffnang jadi husband linda lahh. bole tak ?

p/s : sikit sikit lama lama penuh poket. :p

terima kasih sudi baca :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Aunty Blogger Merajuk Tahap Siput Sedut ?

assalamualaikum.

sukasuki aje bila tengok bekas teman teman seperjuangan linda balik dari asrama diorang. cuti panjang, mula lah diorang menayangkan muka kat facebook. hambek kau ! penuh manusia online malam semalam. tak menyempat nak update blog.

fed up jugak dengan Aunty Blogger ni. macam macam hal bila linda tinggalkan beliau. chill lahh Aunty, linda masih sayang anda lah. :p tak payah lah merajuk sakan sampai habis semua kawan kawan blogger linda anda kerjakan.

hari tu, blog tak bole sign in. tak lama lepas tu pulak, blog masuk virus apa jadah entah. semalam, linda online tengok tengok button follower hilang pulak. kan susah manusia di dunia ni nak follow blog bushuk linda ni. kan kan ?

Aunty Blogger, jangan merajuk dah tau. linda sayang anda sampai bila bila.

p/s : cuti cuti cinta dah bermula !!

terima kasih sudi baca :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Jumaat, 27 Mei 2011

Fenomena Alam Ciptaan ALLAH SWT

assalamualaikum.

linda nak tanya sikit ni. tadi tepat jam 12.15 tengahari, korang ada nampak tak satu kejadian yang sangat menakjubkan ? Alhamdulillah, linda dapat tengok dengan mata linda sendiri.

korang terikir tak apa hikmah kejadian ni ? adakah ini petanda kiamat sudah hampir kepada kita atau sekadar fenomena gerhana ? linda terfikir aje benda ni daripada tadi. ALLAH SWT turunkan kejadian ni, mesti ada sebab kan ?


p/s : renungkan lah dan selamat beramal.

terima kasih sudi baca :)



Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Isnin, 23 Mei 2011

Linda Nak Mintak Tolong Lahh . . .

assalamualaikum.

entry pendek aje ni. linda nak mintak tolong like gambar linda untuk contest mata paling cantik. mula mula sila like ke fanpage di SINI. lepas dah like fanpage tu, like lah pulak gambar linda ye. kat SINI pulak.

harap korang bagi kerjasama ye. keikhlasan anda amat dihargai.


terima kasih sudi baca :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Ahad, 22 Mei 2011

Pentingnya Blogger Otai Dalam Kehidupan Seorang Blogger

assalamualaikum.

siapa blogger otai ?sila angkat kaki dengan sudut 65 darjah ye. baru nampak jelas sikit. al maklum lah, linda kan rabun. ;)
haa, entry linda ni nak ucap terima kasih kat para blogger otai. yelah kan, tanpa anda semua mesti linda takkan sehebatt ni kan ? *perasan je lebih ni.

banyak teguran yang membina sejak linda berblogging ni. mematangkan lagi tahap penulisan linda yang sememangnya susah nak matang. biasalah, zon kanak kanak rebina tak habis lagi. HAHA

tapi, linda rasa bertuah sangat sebab para blogger otai sudi tegur linda. kalau tak, banyak bebenor lahh kesalahan linda dalam dunia blog ni kan ? itu lah pentingnya kawan kawan kan ?

terima kasih atas bimbingan untuk linda ya ! linda amat menghargainya.

p/s : kerana teguranmu, diriku terasa berharga.

terima kasih sudi baca :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Happy Birthday YUYU ZULAIKHA+NADH ZHER EE !

assalamualaikum.

rasanya tak terlambat lagi linda nak buat entry untuk Kak Yuyu dan Abang Nadh. Ramai yang dah tahu hari ni hari meningkat umur atau dikenali sebagai hari tua untuk mereka berdua. :p

memandangkan hari tua mereka tersama dan mereka terkembar tarikh, maka linda gabungkan aje lah dalam satu entry ni. ringkas, padat dan mutakhir. *dah macam tagline berita tv1 pulak.

Kak Yuyu yang sentiasa kecik dan comel.

gabungan adik beradik yang bahagia. :) nanti Abang Nadh mintak hadiah kat diorang ye. HAHA

Selamat Hari Lahir linda ucapkan kepada Kak Yuyu Zulaikha dan Abang Nadh. Semoga dipanjangkan umur dan selalu dimurahkan rezeki. Dirahmati dan diberkati oleh ALLAH SWT sepanjang masa. Amin..

p/s : bila pulak linda nak sambut hari tua ye ?

terima kasih sudi baca :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Sabtu, 21 Mei 2011

Terserempak Dengan Kembar Linda !

assalamualaikum.

entry ditaip saat linda hampir koma akibat melonjak lonjak kegumbiraan selepas menikmati santapan tengahari tadi. *bajet gempakk je ni oke.

punya semangat nak makan ikan bakar kat Restoran Asam Pedas, Taiping ni haa. bodek lahh ayah tercinta, suruh bawak linda pergi mencekik kat sana. tak menyempat nak make up comel comel, terus aje ayah start enjin kereta. so, berangkat lahh kitorang sekeluarga ke restoran mantapp tu.

bila sampai sana, linda sibuk nak jadik polis trafik. cari tempat nak parking En. Wira tersayang. tiba tiba ibu kesayangan buat mengeluarkan suara comel beliau.

' ehh, tu bukan LINDA ke ?'

linda pon rasa pelik jugak. linda dah besar besar duduk kat dalam kereta. bila masa pulak ada linda lain ni ? linda pon tengok lah ke arah yag ditunjukkan oleh ibu kesayangan tu. nak tahu linda mana yang ibu cakap tu ??

..
..
..
..
..
LINDA ONN !! penyampai radio Suria FM yang sememangnya meletop habis tu. wahh ~ terasa jakun gila lahh masa tu. kembar nama linda ada depan mata.

mula lah linda cover comel kan ? sedangkan sememangnya wajah ini tak lah seberapa comel sangat kalau nak dibandingkan dengan Siti Nurhaliza. tapi kira comel jugak lah daripada muka Si Comel belakang rumah linda tu. :p

ayah linda lagi lahh terover. punya laju jalan semata mata nak tegur Linda Onn tu. jeles woo ! ayah mula dulu, ni yang tak aci ni. linda pon apa lagi, menyibuk jugakk lah kan. tapi lagi dahsyat, buat muka tak malu nak tangkap gambar. biasa lahh, pantang jumpa kamera. henset pon jadik..

gabungan LINDA ONN dan LINDA ..... ??

waktu nak balik tu, baru terperasaan Fauziah Latiff. alaa, yang popular dengan lagu Dia tu. *lagu zaman bercinta tu. HAHA. tak lepas peluang jugak. sempat lagi posing dulu. Fauziah Latiff yang tak sihat ni pon masih larat lagi nak melayan kerenah linda yang agak gedik sikit ketika itu. :p

she is pretty right ? ;)

p/s : jom kongsi pengalaman korang jumpa artis mana pulak !!

terima kasih sudi baca :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Setia Pada Yang Satu . . . NUFFNANG

assalamualaikum.

selama 6 bulan 3 minggu 3 hari linda menjalani kehidupan sebagai seorang blogger yang separa tegar ni, linda tak pernah berpaling tadah pada mana mana unit iklan lain selain NUFFNANG. walaupon, setiap hari linda tengok BE linda macam gitu aje, linda tak pernah kesah pon.

yelah kan, untuk budak sekolah macam linda ni tak rasa lagi betapa pentingnya duit. yang penting, linda dapat kawan kawan baru. bole luaskan ilmu pengetahuan. mengeratkan silaturrahim antara para blogger yang lain. tu pon dah cukup bermakna tau. ;)

follower pon linda tak kesah sama ada nak naik ke, nak turun ke. linda tak amalkan amalan I FOLLOW YOU, YOU FOLLOW ME BACK OK ? ataupon FOLLOW ME FIRST, I'LL FOLLOW YOU BACK. linda akan follow sesiapa aje yang linda rasa nak follow. yang penting keikhlasan kan ?

linda cuma nak kan korang selalu support apa apa pon yang linda tulis. linda rasa dihargai sangat bila korang suka apa yang linda tulis. seronok aje. :)

sebab tu, bila ada kawan kawan blogger linda yang suruh bertukar ke unit iklan lain, linda taknak. bukan menyombong tapi entah lah. linda jenis setia pada yang satu kot. HAHA *ayat sungguh tak bole bla. serius, linda suka sangat NUFFNANG ni. walaupon, ada yang kata NUFFNANG ni kedekut, tapi bagi linda NUFFNANG sangat baik hati. tetap bagi BE kat linda walaupon sikit sikit aje. :p thank you so much NUFFNANG !

p/s : korang sayang NUFFNANG tak ?

terima kasih sudi baca :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Jumaat, 20 Mei 2011

Mari Belajar Bahasa Hindustan !

assalamualaikum.

kese hoon thum ? kiya kar te hai ? HAHA

korang faham ke apa yang linda cakap ni ? kalau faham, sila lah bagi satu aje tepukan yang gemuruh untuk diri sendiri ye. lepas tu, bangga dan kembang lah sorang diri sebab dah tahu apa yang linda cakap tu.

actually, petang ni linda nak share beberapa ayat dalam bahasa hindustan yang linda belajar kat sekolah pagi tadi. terharu gila sebab ada jugak kawan linda yang baik hati nak mengajar bahasa asing ni kan ?

lagipon, dah teruk sangat kemaruk dengan cerita hindustan ni. sampaikan sanggup search kat pakcik Google sebutir sebutir ayat dalam bahasa hindustan. rasanya korang dah tahu kot sikit sikit bahasa hindustan ni.

oke, betulkan urat pinggang yang terbengkok tu. dengar cikgu linda nak mengajar ye murid murid. :p

1. kese hoon thum = apa khabar
2. kya kar te hai = buat apa tu
3. mein tumse pyar karti hoon = saya cintakan awak
4. mein tumse pyar nafrat hoon = saya bencikan awak
5. kap tum shaadi karogi = bila awak mahu kahwin
6. chalo hum ishq karengge ! = jom kita bercinta !
7. mujhe nin arehihe = saya mengantuk
8. kya hua = apa yang terjadi
9. pagel = gila
10. kon = siapa

sila sebut sebijik sebijik ye. nanti tersalah sebut, kurang markah ujian lisan bahasa hindustan. :p

rasa macam kelakar je kan tiba tiba linda merapu nak belajar bahasa ni. pelik sungguh ! tapi, linda memang suka sangat bila dengar artis artis bollywood kat tv tu bercakap, bernyanyi semua guna bahasa hindustan. seronok aje.

p/s : tak salahkan kalau kita pelajari bahasa bangsa lain ?

terima kasih sudi baca :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

You Only Know My Name . . Not My Story. So Don't Judge Me

assalamualaikum.

di saat kaum adam tekun mengerjakan ibadat solat jumaat, linda nak merapu kejap aje kat blog ni. so, English title jadik pilihan untuk entry bucuk ni haa.

boleh faham kan maksud yang tersirat di sebalik kata kata hikmah yang linda ciplak daripada facebook ni ? actually, sekadar meluahkan perasaan yang terpendam aje.

oke, lets be more serious. kebanyakan kawan kawan linda dah ramai yang tahu nama linda. betol tak ? tapi, pernah tak korang tahu cerita di sebalik hidup linda kalau linda tak cerita kat korang ? haa, yang tu lahh jadik persoalan nya sekarang.

kenapa kita senang senang nak menilai orang lain kalau kita tak tahu ceritera hidup orang tu ? memang lah lumrah manusia suka bergosip. linda pon sama aje. tapi, kalau cerita yang kita reka tu menyinggung perasaan orang tu macam mana ? pernah tak terfikir betapa sakitnya perasaan orang yang dikata tu ?

ayah linda selalu cakap, jaga hati orang dulu sebelum jaga hati kita sebab hati orang kalau dah terluka susah sangat nak sembuh tapi hati kita, hanya kita yang tahu sembuhkannya. tapi, bagi korang adil ke kalau kita hanya jaga hati orang tapi hati kita terluka ? so, lebih baik jangan mulakan menilai orang dan hanya tahu mencari kesalahan seseorang.

linda rasa ramai yang iri hati dengan kelebihan orang lain. bagi linda, iri hati tu tak salah asalkan kena pada yang positif. contohnya, iri hati masa belajar ke, mengaji ke, solat penuh ke. tu takpe lahh. jangan lah iri hati sebab si minah tu lawa bebenor ke, make up tebal 26inci ke, gigi putih macam baru lepas sental dengan klorok ke atau apa apa pon yang negatif lahh.

p/s : so, dear my haters. i don't care if you don't like me. i was not born to please you. you can hate me as much as you can. please be true to who you are. ;)

terima kasih sudi baca :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Isnin, 16 Mei 2011

Perempuan Memang Selalu Mintak Perhatian Kan ?

assalamualaikum.

sakit kepala tahap maksimum pon membolehkan linda untuk mnegupdate lagi malam ni. walaupon sejak sejak ni Aunty Blogspot suka sangat merajuk, tapi linda tetap sayang Aunty Blogspot tau. taknak tinggal lama lama, nanti rindu.

itu lah perempuan. hati lembut di tangan, macam softlan. cepat sangat rindu, sayang dan cinta sesuatu yang dia suka. perempuan takkan boleh lari dengan sifat sifat ni. garang macam mana pon, muka bengis sejibik macam king kong pon, tetap perempuan. betol tak ?

kadang kadang perempuan suka mintak perhatian. tak kesah lahh daripada sesiapa pon. lelaki pon lebih kureng aje. tapi dengan gaya yang berbeza. biasa lahh kan ? manusia memang perlukan perhatian. kalau tak, bukan nama manusia lah. ye dak ?
tapi, bukan semua perhatian tu indah. perhatian yang indah tu susah nak dapat tapi perhatian yang memalukan sangat sangat senang nak dapat. dan perhatian yang indah tu susah kita nak lupakan.*dah terbelit belit ayat linda kan ?

so, sebagai manusia, cari lah perhatian yang indah dan mungkin sentiasa diingatan. jangan mintak perhatian yang membuatkan orang lain meluat kat kita 47836712 saat.

p/s : terharu sebab ada orang yang caring dengan linda hari ni :D

terima kasih sudi baca :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Sabtu, 14 Mei 2011

10 Tahun Lagi ? ?

assalamualaikum.

mata dah terkebil kebil tatkala diumumkan Kay tersingkir dalam konsert ke-6, sempat lagi nak mengupdate blog. *best jugak tiap tiap minggu dapat tengok orang tarik beg kan ? ;)

mencari ketenangan abadi sambil menggali idea idea yang gempakk. habis semua idea linda dah curahkan atas paper mid year exam. sebab tu otak jadi blurr aje.
actually, linda terfikir kata kata ayahanda linda yang tercinta.

kata si ayah ' kau jangan menggatal nak kawen kalau takk capai apa yang kau nak. ayah bagi masa 10 tahun dari sekarang. lepass tu baru kau sibuk sibuk nak cari laki. '

wahh ~ 10 tahun aje ? lama gilakk !! kalau 10 tahun dari sekarang, masa tu linda dah dikira remaja veteren. yelahh, umur pon dah 26 tahun. dah tak bole gila gila remaja dah. :'(

jauh bebenor ayah linda berfikir ye. linda pon tak terfikir ke alam bahagia tu lagi. nak belajar dulu lahh ! serik dah frust tergolek golek tiga kali. haha :p

p/s : borang untuk calon laki masa depan pon tak fotostat banyak banyak lagi. nanti susah lah awak awak yang berkenaan nak apply kan ? HAHA

terima kasih sudi baca :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Selasa, 10 Mei 2011

Dapat Jadi Preity Zinta Sekejap Pon Takpe

assalamualaikum.

wahh ~ tersangat penat memerah cik idea untuk paper Prinsip Akaun tadi. rasa rasa nya tak boleh kot nak skor untuk paper 1 ni. takutt !!

dah dah, cukup lah cerita pasal exam kan ? linda nak cerita pasal pelakon bollywood yang sorang ni. suka sangat tengok beliau. kadang kadang terfikir jugak, kalau linda jadik kembar muka sama dengan beliau ni pon bestt jugak. HAHA

~ pakcik Goggle banyak sangat gambar Preity Zinta ni so linda gatal jari nak ambek satu. :p ~

tapi, linda tetap linda. linda sangat berbangga dengan diri linda sendiri. cuma hari tu nak rasa je jadik ala ala Preity Zinta ni. :p
HAHA, awak awak semua bole tolong gelakkan linda tak ? kelakar kan bila perempuan melayu terakhir berposing tak ingat dunia. ni lahh jadiknya. :p

tersangat sangat malu bila fikir fikir balik yang linda ni tak layak sikit pon nak jadik macam Preity Zinta yang comell ni.

balik je dari berposing maut tu, terus aje upload gambar ala ala Preity Zinta ni dalam facebook. tu dia !! punya banyakk lahh komen komen mengancam yang linda dapat. penuh notifications tak payah kata lahh. :p

p/s : sukasuka aje nak tayang muka hari ni sebab dah lama tak tayang muka kat blog sendiri. HAHA

terima kasih sudi baca :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Sabtu, 7 Mei 2011

Tahu Tahu Aje Blog Linda Kena Ceroboh !!??

assalamualaikum.

punya lahh lama gilakk tak jengah blog kechentaan hati ni. terover sangat lah dengan mid year exam. lagi 3 hari kott !! satu apa pon tak prepare ni.

rindu punya pasal lah kat blog, curikk curikk online jugak lah. mana tahan kan, kalau dah obses dengan blog, tinggal sekejap aje pon dah tak boleh duduk diam. tapi yang menjadik persoalan nya, kenapa tak boleh bukak blog linda ni ?

serius, teramat amat terkejutt berukkss bila linda
masukkan email dengan password untuk on blog linda, TAK BOLEH !! alasannya tersalah email atau password ?? risau tahap maksimum kott.
~ pakcik Goggle bagi pinjam cap jari ni ~

nasib baik lah linda ni dianugerahkan pengetahuan dalam bidang IT. so, linda reset lah semula password blog linda. semua tu, berkat pertolongan Aunty Yahoo! thnx a lot lahh !! kalau tak, confirm tak berjumpa lahh kita kan kan ? ;)

masalahnya sekarang, kenapa email linda yang sememangnya sentiasa linda_baik04@yahoo.com dah bertukarr wajah menjadikk...
lindabaik04@gmail.com ?? OMG !!

boleh ke orang lain tukar email dan password blog linda ni ? macam mana caranya ??

hari tu, facebook linda pon dah terkena. linda pergi Hari Anugerah kat sekolah. tapi, adik linda cakap linda kejap online, kejap offline. kawan kawan linda pon ramai yang bertanya. pelik kan kan ?

sangatlah genius orang yang bukak account facebook dan blog linda dengan sesuka hatinya. linda taknak tuduh sesiapa. hopefully, ni masalah teknikal dalam dunia IT aje. :p

p/s : dah rasa malas gilakk nak online lahh. ada je manusia dengki.

terima kasih sudi baca :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Isnin, 2 Mei 2011

Janganlah Tumpang Populariti Orang Lain Untuk Glemer

assalamualaikum.

dah banyak bebenor la linda jumpa kawan kawan blog linda buat entry pasal entry mereka di copy and paste. ada jugak yang siap buat fake page lagi kat facebook. gambar gambar tak payah cerita la, confirm la bersepah sepah kat account palsu tu.

linda cuma tertanya tanya, perlu ke jadi orang lain ? tak bangga langsung jadi diri sendiri. kalau linda teramatlah bangga sebab linda dapat lahir ke dunia ni dengan diri linda sendiri. takde sikit pon tersama dengan orang lain. Allah dah bagi kita kehidupan sendiri, yang sangat berbeza dengan kehidupan orang lain. depends on us la how to use it.

* pakcik Google bagi pinjam gambar ni *

susah sangat ke nak tayang diri kita yang sebenar ? orang takkan kesah if we always be honest with our life but people must hate us if we always kelentong here and there. takde gunanya jadik orang lain sebab takkan pernah sama.

silalah jangan tumpang populariti orang lain untuk jadik glemer ye. bukan tak boleh nak copy entry, gambar atau nak buat fanpage pon. but at least leave a backlink to the owner. kan lebih baik sebab takde la owner tu nak tuduh kita as PENCURI. tak nice kan bunyinya ?

kalau linda, confirm la linda geram. kita yang penat penat berusaha untuk capai ke tahap diterima orang, tiba tiba datang pulak manusia yang senang senang je rampas usaha kita tu kan ? sesiapa pon mesti akan geram punya lah !!

takde gunanya linda bebel panjang berjela kalau diri sendiri takde keinsafan. HAHA dah rasa macam ustazah pulak. :p

so, be yourself is better than be someone.

terima kasih sudi baca :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Segmen : Kenal Kawan Blogger

assalamualaikum.

sebab dah terlalu malas nak meneruskan sesi menghabiskan homework, linda terus teringat blog ni haa. apa cerita la agaknya. kesian kat awak awak yang tinggalkan jejak kat shoutbox comell linda tu tapi linda tak jelajah balik kat blog awak awak. sory ye.

tengah hari yang panas terik ni linda tengok dashbord. Cik Syazanazura ada buat entry pasal Segmen Kenal Kawan Blogger. nampak macam best je, linda pon skodeng la kejap kat blog beliau. first blog yang linda pergi tau hari ni. ;)

tengok tengok ayat yang hampir terakhir di entry beliau ada nama linda. bangga kot !! HAHA thnx Cik Nazu !!

oke, lets start now.

Tuan Blog yang anjurkan segmen ni tanya banyak gila soalan. jadi, terpaksa lah linda perah cik idea linda ni keluar ye. :p

Nama korang beserta dengan umur, status pendidikan, url blog dan nama blog
keluar keluar je dari perut ibu tercinta terus dapat nama Ella. konon la Ella ratu rock tu kan ? tapi disebabkan asyik menangis aje tak reti diam, nenek letaklah nama Siti Nurazlinda. dan sekarang banyak pulak nama glemer yang linda dapat. ikut suka awak awak semua la nak panggil linda apa pon ye. yang penting penuh dengan kesopanan dan kesusilaan macam rukun negara tu. :p Sekarang ni linda masih bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Panglima, Taiping. baru je tingkatan empat. terasa diri ni kecikk lagi la. URL blog linda setakat ni linda letak nama linda sendiri sebab senang je orang nak carikk kan ? http://sitinurazlinda.blogspot.com atas nama Juz Me and Myself

ni la rupanya Siti Nurazlinda :)

Sejak bila korang menceburi dunia blog dan sebab yg menyebabkan korang join dunia blog?
linda mula join dunia blog ni sejak form 3 lagi kot. tapi tak pernah langsung aktif disebabkan fokus untuk PMR. bila dah habis PMR, apa lagi. start la aktif. macam macam benda linda tulis kat blog ni.kalau tak silap, entry pertama linda mula 27 November 2010. kalau tak percaya mehh pergi SINI. memang ayat masa tu berterabur gila la. ikut suka aje guna bahasa singkatan kan ? sekarang, nak tulis bahasa singkatan pon agak dah menyampah. HAHA err, linda join dunia blog ni sebab linda tengok waktu tu Kak Syarafina Hamidun yang merupakan blog pertama linda follow sangat sangat la aktif berblog. suka sangat dengan semua style beliau. lagipon, lepas PMR kan takde aktiviti. so, blog lah yang jadik mangsa.

Apa pengisian di entry yg korang buat di blog korang?
pengisian ? HAHA benda ni lah yang paling malu linda nak cerita. actually linda cipta blog ni pon hanya untuk linda sendiri. taknak bagi sesiapa pon baca. tapi, linda fikir fikir balik, macam syok sendiri je kan kalau menulis tanpa ada yang membaca ? so, dengan berbekalkan idea yang ada masa tu, linda pon ciptalah entry entry yang best untuk santapan follower blog linda. entry linda hanya lebih kepada kehidupan peribadi dan kadang kadang cerita dongeng yang linda cipta suka suka aje. dan yang paling banyak, linda selalu sangat join contest sana sini dan hanya satu contest aje yang linda pernah menang iaitu contest dari Kak yuyu Zulaikha. dan alhamdulillah, makin hari blog linda makin diterima ramai. sampai lah sekarang, ada yang menyokong hasil penulisan linda.

Kongsikan group blogger yg telah korang join dan fan page blog korang kalau korang ada.
linda pernah wujudkan satu group blogger di facebook. mula mula ingatkan takde siapa yang nak join. sepi aje group tu. tapi lama kelamaan punya ramai yang promosikan blog mereka kat group tu.sampaikan Kak Yuyu dan Kak Nurulbadiah yang femes tu pon join group tu tau ! :) sukasuka.

Kongsikan perkara - perkara yg korang rasa menjadi satu perkara yg tidak wajar dilakukan dlm blog korang.. cth mcm lagu dgn autoplay ke...
yang tak wajar semestinya widget yang sangat semak ! HAHA, dulu kan masa linda mula mula berblog, punya berat nak loading blog. kena tunggu lapan belas ratus minit, baru done loading. lama kelamaan, semua widget yang semak samun tu linda dah cantas. sampaikan lagu pon, dah takde tau. yela kan, macam mana orang nak tekun baca entry kita kalau lagu yang kita pasang tu punya lah best best.

Korang mahukan blog korang lebih............................
gempakk daripada biasa !! HAHA. semestinya linda nak blog linda ni dihargai ramai. mesti sedih je bila kita terpaksa perah idea banyak banyak untuk post satu entry, tapi akhirnya takde siapa pon nak baca kan ? so, linda nak lah blog linda ni lebih dihargai. dan ramai yang terima apa apa pon penulisan linda yang kadangkalanya agak tak seronok untuk dibaca. terimalah ku seadanya :p

Komuniti blogger.....................
tak tahu nak jawab macam mana untuk soalan ni. actually tak faham sangat apa benda komuniti blogger ni. orang join group sana sini, itu ini, linda pon sibuk jugak nak join tapi tak pernah kesah pon apa functionnya. terukkan ? HAHA

Nasihat atau tips-tips yg ingin dikongsi dgn blogger lain..
wahh ~ suka la ada soalan macam gini. terasa pulak linda dah jadik makcik makcik kan ? :p oke oke, banyak sebenarnya nasihat yang linda nak bagi dalam meningkatkan lagi mutu kualiti blog korang. tulislah apa yang korang rasa tapi jangan menulis apa yang korang fikir sebab apa yang kita rasa itu ikhlas daripada apa yang kita fikir. :) faham tak nasihat linda ? HEHE

Apa yg korang mahukan dari sesuatu blog tu supaya korang akan follow mereka?
linda tak pernah kesah blog korang rupanya cantik atau tidak yang penting korang tak tulis guna tulisan sms. serius linda cakap sekarang ni linda sangat sangat benci bila kawan kawan linda tulis mesej tersangat sangatlah singkat. lagi satu kalau boleh, linda nak sangat follow blog yang simple but nice. thats mean yang senang nak loading tak macam blog linda yang dulu dulu tu. :p

Pendapat korang tentang blog aku...
hijau, ringkas dan gempakk !! tak sampai 2 minit pon tau nak loading. HAHA

tag : Fatma Diyana dan Raima - kakak-kakak yang sangat sempoii !!

nak join jugak ? jom picitt SINI !!

p/s : rasanya hari ni entry terpanjang kot. HAHA

terima kasih sudi baca. :)




Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Ahad, 1 Mei 2011

Sibuk Sangat Uruskan Blog Orang Lain Sampai Blog Sendiri Pon Terbengkalai

assalamualaikum.

wahh ~ rasa terharu sebab akhirnya dapat jugak linda mengupdate kan ? actually, masalah teknikal la yang menyebabkan linda terberhenti untuk mengupdate blog linda ni haa. bukan nak berhenti berblog tau ! takkan !! :)

akhir akhir ni linda busy sangat asyik menghiaskan blog kawan kawan linda yang lain. ada yang minatk suruh buangkan semak samun kat blog diorang tu. so, sebagai Siti Nurazlinda yang sememangnya baik ahti, linda pon tolonglah cantas apa apa yang tak patut duduk dalam blog diorang mengikut permintaan.

lepas ni, boleh la jadik penghias blog orang. HAHA hobi dimasa lapang !! free of charge aje. :p
~ suka statement ni ~

p/s : nak hias blog sendiri pulak la.

terima kasih sudi baca. :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Lagu Macam Ni Pon Ada Video Clip ?

assalamualaikum.

agak terkejut beruk sebenarnya bila tengok adik linda sibuk sangat mengdownload video daripada Pakcik Youtube ni. sejak bila entah adik linda suka sangat layan video pon, linda tak perasan.

perasaan menyibuk tu confirm ada kan ? nak tahu jugak la video apa yang dilayannya. dibuatnya tiba tiba video ttteeettt ttteeettt !! HAA ??!! tak jahanam masa depan ? HAHA

sedang asyik menggodek video yang didownload oleh adik linda tu, tiba tiba terjumpa video ni tau.

video

rasa macam nak tergelak pulak bila dah habis tengok video ni. yela kan, lagu yang linda paling paling obses (dulu je la) ada jugak video ? Kristal ni memang gempakk la bila menciplak !! HAHA

cuba tengok pulak heroin video ni. terkejut tak terkejut tak ? :p gandingan mantooopp !!

p/s : layan aje la ye walaupon awak awak tak suka. ;)

terima kasih sudi baca :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!