You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Ahad, 31 Julai 2011

Kenapa Jadi Macam Ni ?

assalamualaikum .

klik SINI kasik besauu

hari ni bukan ke 31 hb ? kenapa graf untuk 30 hb tak keluar ? lepas tu untuk 29 hb kosong !! sedih gila tengok benda ni . :'(

hilangkan kesedihan , nak pergi solat terawih . babai .

p/s : nuffnang merajuk dengan linda ke ?


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Biarkan Perut Ini Semakin Comel

assalamualaikum .

yeaayy ! pejam celik lapanblasnamplohpat ribu kali , tak sangka esok dah nak start puasa . rasa sekejap sangat . memang nikmat kalau dapat puasa penuh kan ? * konon semangat gila ni .

tahun ni linda nak puasa penuh , taknak ponteng banyak banyak . jenuh nak menggantinya . lain lah kalau penyakit perempuan menjelma , tu tak boleh nak kata apa lah . ye dakk ?

so , diharapkan perut linda yang dah semakin berlapis lapis ni akan melakukan transformasinya . bulan puasa ni elok lah kalau nak diet . sambil puasa , sambil comel kan perut lah . baru gempakk ! kan kan ? ;)

malam ni dah boleh mula kan dengan niat . jangan terlupa niat pulak ye adik adik , kakak kakak dan abang abang sekalian .

* niat mengikut rentak lagu pon best jugok . :p

p/s : menu sahur apa yang best untuk pagi esok ya ?


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Sabtu, 30 Julai 2011

Berikan Pujian Yang Ikhlas

assalamualaikum .

tak tahu nak menaip apa hari ni , sebab kalau linda menaip banyak banyak pon takde siapa yang nak komen . sangat terhiris sebab dah lama sangat linda tak dapat komen yang memberansangkan daripada kawan kawan blog linda .

p/s : entri hari ni jadi wordless saturday lah :p


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Semoga Sentiasa Bahagia

assalamualaikum .

para blogger sekalian , diharapkan jangan baca entri merapu ini . dikhuatiri akan diserang penyakit jantung berdenyut denyut . * kesewelan menjelma .

gadis ini kawan linda . cantik kan beliau ? kami dah berkawan sejak dari form 2 . siap ada geng lagi . persahabatan yang sangat menarik . :)

dan ini lelaki masa silam linda . beliau juga sangat baik . dan seperti yang diketahui umum , beliau dan kawan linda yang cantik itu sudah mempunyai hubungan . sangat comel . :)

i will pray for your happiness . semoga menjadi pasangan yang paling bahagia . :)

p/s : patut lah malam ni susah sangat nak tidur . berita bahagia datang menjelma . doakan linda mimpi indah !!


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Jumaat, 29 Julai 2011

Hati Hati Tau Korang

assalamualaikum .

kekenyangan akibat melantak maggi kari buatan ibu tercinta . nak exam pon telan maggi , lepas ni kena baca buku non stop lah nampak nya . linda bukan nya pandai sangat pon * merendah diri lagi

sambil layan lagu Dato' Siti , lagu omputih beliau tu , linda nak pesan kat kawan kawan tersayang linda semua .


VIRUS FB SEMAKIN BAHAYA : Virus terbaru di FB mengunakn gambar anda.....ia akan mengatakn bahawanda telah di tagkn di dalam suatu gambar....dan ia akan menghantar 1 link yang membawa virus...bila anda terkena...ia akan merosakkan program dalam computer dan semua account anda.. sekali anda terkena...ia akan menghantar e-mail ke kawan anda dan mengatakn perkara yang sama.....sila sebar kan perkara ini....

linda dapat info ni daripada group SB . agak terkejut jugak lah , virus ni semakin pandai . agaknya terlebih baca buku kot . tapi buku tentang virus aje lah . bila lah virus facebook ni nak mati ? ada sesiapa yang nak jadik pembunuh virus kejam ni tak ?

so , be careful ya korang . linda sekadar menasihati aje , sebab dulu linda dah pernah terkena virus how are you tu . habis jahanam lappy , facebook langsung tak boleh bukak . nasib baik netbook 1 Malaysia jadik penyelamat .

p/s : jom teman linda baca buku . :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Serentak Yang Sangat Teruja

assalamualaikum .

dah frust menonggeng sebab Malaysia kalah semalam . perlawanan yang sangat sengit . semangat membara linda duduk depan tv , tak bagi orang lain kacau siaran linda . memang dapat penampar lah siapa yang kacau linda tengok tv semalam . :p

tapi , Malaysia dah kalah dengan Singapura disebabkan beberapa faktor . * ayat macam nak buat karangan fakta berjela jela ni . syukur jugak lah Malaysia dah sampai ke tahap yang membanggakan . Malaysia kan BOLEH !!

lepas ni , tak boleh dah nak berfoya foya depan lappy . tak boleh dah nak menggedik depan facebook . tak boleh jugak nak manja manja dengan bantal busuk penuh air liur basi doplohpat jam .

sebabnya , exam -2 nak start next week . subjek pulak banyak yang berat . termasuk PJK yang tak pernah sentuh pon buku teks nya . latihan tak payah cakap lah , sebutir huruf pon tak pernah tulis . * jimat dakwat pen :p

next week jugak start puasa . tahun ni semua orang confirm nak puasa penuh kan ? nak kumpul banyak banyak pahala . nak dapat malam lailatul qadar . bulan yang penuh keberkatan . teringat masa kecik kecik linda curi makan ayam goreng kat dapur padahal tinggal berapa minit lagi nak berbuka . last last kena berbuka kat belakang rumah . makanan pulak dapat nasi dengan sayur sawi aje . * jangan tiru aksi ini ya adik adik

linda harap semua nya berjalan lancar , taknak penyakit gastrik atapon dikenali sebagai penyakit hanya trick taknak puasa kembali menyerang . linda nak puasa sungguh sungguh tahun ni . taknak dah berbuka makan nasi lauk sayur aje :p

p/s : semangat ke korang nak puasa ni ?


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Khamis, 28 Julai 2011

Linda Juga Kemaruk Bola

assalamualaikum..

woahh ! semakin huduhh blog linda ya . tapi ada jugak yang sudi singgah , at least tak lah sunyi sepi macam hutan belantara aje kan ? terima kasih ya korang !
semua orang dok sibuk story mory pasal bola . harimau lah , singa lah , macam macam . linda ni yang sejak azali tak suka tengok bola , akhirnya terjebak jugak ke kancah perbolaan ini . sungguh terharu ^ ^ '

dapat panggilan daripada skandal ke seratuspatblas , pon asyik cerita pasal bola . siap suruh linda buat solat hajat lagi . mintak mintak supaya Malaysia menang . kes berat dah ni , dasyat sungguh penangan bola .

bola sebijik direbut rebut , linda yang sorang ni takde siapa pon nak rebut . ;)

p/s : linda doakan Malaysia menang ! caiyyookk MALAYSIA !! :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Sabtu, 23 Julai 2011

Terkedu Tengok Baju Sahabat Blogger

assalamualaikum.

totally tired ! linda baru baik daripada demam , tak menyempat nak golek golek rehatkan badan , english carnival pulak muncul . thank God linda tak pengsan kat sekolah . confirm tak larat kawan kawan nak angkat linda yang semakin menggemukkan diri ketika ini . ;)

cerita linda kat dalam blog ni semuanya cerita tapai basi kan ? baca jugak lah ya .

semalam , linda balik dari sekolah tengahari buta , matahari sangat melindungi perjalanan linda . terpacak atas kepala linda semata mata nak pastikan linda sampai ke rumah dengan selamat . sampai aje depan rumah , ibu tercinta terus kasik sampul surat cokelat besar gedabak kat linda . ingatkan orang hantar mas kahwin ke , boleh cepat cepat sikit nikah :p *abaikan ayat poyo itu.

rupa rupanya linda dapat baju SB yang linda tempah hari tu . punya tak menyabo , banyak kali dok tanya kat admin SB tu , bila baju nak sampai . haa , sekali dah sampai apalagi , meloncat loncat macam kucing nak terberanak.

baju SB sangat menggoda ! warna nya yang merah menyala , actually maroon . design yang sangat menarik hati. memang berbaloi baloi lah linda hutang dengan ibu tercinta semata mata nak beli baju SB :p

linda tak dapat post gambar baju tu sekarang sebab baju tu ibu tercinta basuh . mana taknya , linda pakai dari semalam , punya sayang nak bukak . HEHE ;) tapi nanti , linda upload ya. insyaALLAH . . .

p/s : nanti , admin SB design lah baju lagi ya . linda nak beli . * makin bertambah hutang ^^'




Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Isnin, 18 Julai 2011

Tanda Tanda Facebook Linda Kena Hack Ke ?

assalamualaikum..

linda nak tanya kat korang ni. kan sekarang sibuk dok fb kena hack kan ? linda pon pernah terima chat bahasa inggeris yang bertanyakan khabar linda. linda pon layan aje lah macam biasa, sebab tu kawan linda. ingatkan memang beliau nak ajak linda speaking sebab tak lama lagi kan sekolah linda ada buat english carnival.

sampai lah beliau kasik linda link. beliau kata kat dalam link tu ada muka linda tengah perform. buat persembahan melayu nya kata.. err, linda takut lah kot kot ada orang ciplak gambar linda dari fb then cipta pulak gambar 18sx kat gambar linda tu. lagi ngeri !! so, linda pon tekan aje lahh link tu. banyak kali pulak tu. tapi tak keluar apa apa pon. tetibe aje lappy linda shutdown sendiri.

hari ni, bila linda nak sign in fb, kat fb tu tulis "sorry, we are experiencing temporary technical problem, please check back later". tu tanda tanda yang blog linda kena hack jugak ke ?? :'(

kalau betol kena hack, macam mana nak buang semua ni ?? ada tak cara lain selain format semua ? nak format tu pulak macam mana ? kena hantar pergi kedai komputer ke ??

p/s : tolong lahh ! merana ni, rasa teringin nak saman facebook dan Mark Zuckerberg !! :'(


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Sabtu, 16 Julai 2011

Sebab Sebab Blogger Nak Tinggalkan Blognya

assalamualaikum.

good morning all. linda tak berapa sihat hari ni, selsema menyerang hidung kecik molek ni, batuk pulak bermaharajalela kat anak tekak yang serba halus mulus ni. ^^' ayat memang tak boleh bla. kan kan ?

stop these nonsense..

actually, linda dah malas nak update blog sebenarnya. tak tahu lah kenapa. sejak bermenjak termenjak ni, blog bersepah sepah. dengan entri tergendala dok merajuk, tak boleh nak publish. penat penat menaip panjang panjang, last last tak boleh publish *sungguh terharu :(

masa terbuang linda pulak, tak payah cerita lah. memang banyak masa terbuang tapi bila ada aje masa yang terbuang buang tu, cikgu cikgu yang tersayang terlalu banyak sangat bagi folio. bila nak habis buat folio semua tu pon linda tak tahu. rasa macam nak patah jari je kena menaip banyak banyak.

netbook 1 Malaysia ? lagi ngeng ! bukan linda tak reti bersyukur, tapi tu lah kesan kesan negatif patblas kalau dapat barang free. nak tunggu loading, boleh siap pergi jamban. then makan makan. tidur pon boleh. kalau nak pergi melancong ke paris pon rasa rasa nya macam boleh. *nampak sangat penipu. :p

p/s : dah dah, malas nak tulis panjang panjang. kang tak boleh publish, penat aje jari menaip..


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Sabtu, 9 Julai 2011

Janji Kenalah Ditunaikan Kan ?

assalamualaikum..


aucakk !! ^;^


kita bersua lagi di belog sitinurazlinda yang dah terkembar seiras dengan rumah hantu kat hari kantin sekolah beliau (linda) tadi. :p


tertanya tanya tak ke mana hilangnya makcik kecik yang suka sangat mengupdate belog ni ? cehh, perasan glemer la pulokk ! macam ada orang nak tanya aje kan ?


makcik kecik ni ada je kat sini, sihat sejahtera hendakNya. cuma terlaaaaluuu rajen nak mengupdate sejak akhir akhir masa ini. yela kan, busy mengalahkan perdana menteri zoo negara pulak.


tapi hari ini dan hari hari yang akan datang termasuk hari hari semalam pon, makcik kecik ni akan terus menayangkan muka yang tak berapa cantik tapi comel ni ke khalayak ramai. tiba tiba aje makcik kecik ni rajen nak mengupdate kan ? baru menang loteri ke ? *ada kena mengena kah ?? ;)


macam yang makcik kecik ni dah buat pengumuman dulu kala tu, waktu zaman rajin berbelog tu lah.. makcik kecik kata makcik kecik nak update belog tiap tiap hari bila dah dapat netbook 1 Malaysia tu kan ?


so, makcik kecik nak tunaikan janji lahh. walaupon ni baru first time makcik kecik update belog huduh ni guna netbook free aje, tapi sentiasa ditemani anak tuyul kunin kunin yang makcik kecik kasik nama Digi. anak tuyul kunin kunin ni memang setia tau. tiap tiap hari beliau nak babapp makcik kecik kalau makcik kecik malas malas nak update belog huduh ni. beliau kata beliau taknak tengok belog ni bertambah huduh ^^'


tapi sory to say la, anak tuyul kunin kunin ni malas sikit buat kerja. suruh upload gambar, boleh pulak tertidur. makcik kecik pon ikut tertidur jugak lah. dah lama bebenor, malas la makcik kecik nak menunggu nye pon.. :p lain kali aje lah korang semua tengok gambar netbook free makcik kecik ni ehh ?


p/s : best jugak ehh linda jadik makcik kecik ? HEHE

Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!