You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Sabtu, 10 Disember 2011

Jangan Baca Blog Siti Nurazlinda, Sekian!

assalamualaikum.

okayy, linda merajuk sebenarnya. sebab tu taknak update apa-apa entri baru =.=

''seorang penulis yang baik akan menggunakan penjelasan mantik yang bagus, penggunaan bahasa yang tepat dan fakta yang dikaji dari sumber yang kukuh dengan penelitian.''

terima kasih kawan. jasamu sangat ku kenang :')

carik lah kat fesbuk linda. mesti ada jumpa status cenggini. okayy, linda belum ada ciri-ciri tu. sebab tu nak berhenti merepek kat blog.

walaupun ada yang pujuk linda dengan kata-kata seperti ini ''kamu dapat bentangkan sesuatu cerita dengan baik'' tapi kata-kata itu belum cukup untuk membuatkan linda kembang hidung namplohpat sentimeter perbulatan macam dulu -..-

so, linda rasa korang takpayah lah tunggu-tunggu entri baru daripada linda lepas ni *suka sangat ditimpa perasaan kan? ada ke orang nak baca entri linda? -,-'

lagipun linda sibuk dengan kerja baru. ya, tanpa segan silu linda nak kecoh kat dalam blog ni untuk kali terakhir. Siti Nurazlinda ialah seorang insan yang berkerjaya sekarang. linda jadikk sales assistant ataupun pembantu jualan. kat mana tu tak payah lah nak tahu ehh. nanti korang jumpa, mintak autograf pulok =p *perasan lagikk!

tetibe letak benda ni kat sini. okayy, gila!

p/s : tak update apa-apa dah kot lepas ni. kbai.


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Isnin, 5 Disember 2011

Semua Nak Untunglah

assalamualaikum.

meroyan nak update blog. walaupun kecoh satu fesbuk, satu twitter nak buat homework. err okayy, twitter linda dah boleh bukak. hihik. bangga gila, dapat rasa jadik retis lagikk. terima kasih Encik Taufiq!

terpengaruh dengan RM 1 000 000 Money Drop. ehh, betul ke angka linda tulis tu? okayy, satu juta maksudnya. untunglah kan siapa yang dapat. tapi rasa-rasanya game show tu macam susah. duit gedebukk jatuh cenggitu aje. haisshh, simpan kat dalam bank linda lagi selamat kan? ;)

ada sesiapa nak untung jugak? ehh, duit kat hujung jari aje tau sekarang ni. dah lah daftar percuma, percuma okayy! lagikk sekali.. percuma percuma dan percuma.

lepas daftar, duit gedebuk macam kat game show AC Mizal tu terus mahsyukk dalam bank korang. tak caye? mehh cuba :D

p/s : okayy, mengaku poket tengah kering. masa ni pulak mengada-ngada nak makan pizza =.=


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Ahad, 4 Disember 2011

Puas Lah Selama Ni Linda Kena Tipu

assalamualaikum.

kononnya nak publish entri ni petang tadi. tapi, mata dah mintak kena dodoi. so, malam ni lah baru sibuk nak kasikk orang baca kan?

puas godek blog Cik Epal gojes, terjumpa entri yang membuatkan linda rasa sangat tertipu dan ditipu. ehh, bukan Cik Epal gojes yang tipu linda. tapi orang tua ni =.='
maap kan saya ye pokcik. pokcik inteprame lah kat sini naa :D

dah hidup enamblas tahun, baru hari ni linda tahu linda kena kencing. bukan kencing berdarah, kencing kuning atau kencing yang sewaktu dengannya. tapi kena kencing ataupun dengan kata sopannya kena kelentong -,-' haishh, apa lah nasib kan?

terima kasih lah Cik Epal gojes sebab kasikk tahu pasal benda ni semua. kalau tidak, gerenti lama lagi lah linda kena tipu kan?

@Jangan makan ubah-ubah tempat, nanti kahwin banyak.

rasa-rasa macam best aje kahwin banyak kan? selalunya kita tengok kaum lelaki aje yang kahwin sampai empat. sangat tak biasa kita tengok perempuan kahwin banyak. linda nak jugak pecah rekod kahwin banyak kan? hihik, gatai =p

tapi Cik Epal gojes kata :
Nanti makan banyak banyak tempat. Kalau nasi ada jatuh-jatuh. Kan menyusahkan hidup nak kutip sebutir-sebutir nasi yang jatuh tu. Takut makan bersepah sebenarnya

@jangan menyanyi kat dapur, nanti dapat laki tua.

linda bedal aje melalak kat dapur kuat-kuat. kejap lagu melayu, kejap lagu omputih. kadang-kadang lagu hindustan pun linda lalak kan jugak. lagi-lagi ibu linda letak radio pusaka kat dapur. sesi masak memasak confirm meriah dengan Suria FM. sempat lagi promote ;)

tapi Cik Epal gojes kata :
Dah asyik sangat goyang garuda nyanyi lagu dangdut dekat dapur. Nanti kalau tengah masak ikan kembung ke apa. Tak ke hangus rentung masakan di masak tu. Sebab asyikkk bebeno menyanyi. Ikan hangus pon kau tak perasan. Letak garam pon mahu seguni sebab ralit sangat menyanyi habis semua kencing masin makan makanan kau

@jangan duduk atas bantal, nanti naik bisul

yang ni memang penipuan yang jadik kenyataan. linda kan degil sikit masa kecik-kecik (bila dah besar degil banyak! >,<) ibu linda kata jangan duduk atas bantal, nanti punggung ada bisul baru padan muka. linda ni ketegaq nak mampuihh. takmau dengaq orang tua habaq. kan dah kena. macam Cik Epal cakap lah kan, bantal tu empuk. rasa duduk atas kapas aje, lembut kan?

tapi Cik Epal jugak kata:
Tak elok lah kan benda yang kita letak dekat kepala dipunggungkan. Kot lah terkentut ke hape atas bantal tu. Kita pon elok je sedap krohh krohh tidur atas bantal tu.

ada banyak lagi yang Cik Epal kata. tapi tak larat lah linda nak kata-kata kan kata Cik Epal tu kat sini. korang boleh pergi tengok kata-kata Cik Epal yang sebenar-benar kata kat SINI. tak caye, cuba lah buat. najitahnya, sila tanggung sendiri ye :)

p/s : orang tua-tua baik hati sebenarnya. kan?


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Sabtu, 3 Disember 2011

Siti Nurazlinda Tak Pernah Sombong

assalamualaikum.

kesejukan bergolek-golek di atas katil menyebabkan linda bangun awal hari ni. rajin pulak nak jengah bilik air dan mandi. kalau tidak, sampai ke petang lah linda tak mandi jawapnya. hihik

pagi pagi ni makan nasi lemak dengan sambal ikan bilis, hirup teh o BOH sambil kelip-kelip mata. rasa indah pagi ni. kemain semangat on lappy hari ni. godek fesbuk, check semua benda yang penting kat dalam tu. tapi selalunya notification penuh sebab benda alah ni. sadis sungguh =.='

teringat kata-kata kawan linda semalam.

''aku ada hantar family request kat fesbuk kau hari tu. tapi kau tak approve pun. aku ingat kau tak sudi. takpelah, takpayah approve pun takpe. aku tak kesah....''

damn! ni semua gara-gara fesbuk. seriously, linda tak dapat langsung request tu. yang ada, friend request 111 manusia. memang linda abaikan friend request tu sebab manusia abad ini yang linda tak kenal, linda takkan approve. bahaya lah kalau approve orang sembarangan ni. berhati-hati sebelum bertindak kan lebih afdhal?

tapi, family request memang linda takkan tolak. sebab linda kenal manusia-manusia yang jadikkan linda sebagai adik, kakak, makcik, nenek dan lain-lain gelaran yang ada kat fesbuk tu. linda wajib approve mereka kalau mereka request.
dan linda pun bangga sebab Kak Acha Mahfar, Kak Yeen Maizurin, Kak Yuyu Johanna dan Kak Yuyu Zulaikha sudi terima family request dari linda. terharu lol. bukan senang kita nak rapat dengan orang yang sangat dikenali ramai. this is lucky for me :)

tadi, linda dok tekun berangan tak tentu hala tiba-tiba chatbox fesbuk bunyikk. manusia mana yang hantar IM pagi-pagi kan? biasanya ada hal penting, baru carikk linda. terkejut jugak bila abang blogger sorang ni yang hantar IM pagi-pagi. kemain excited nak balas >,<

walaupun hanya ucap selamat pagi, beliau masih dapat membuatkan linda tersenyum kambing ;)

mungkin wajah linda mencerminkan kesombongan, tapi hati linda hanya linda sorang yang tahu. linda takkan sombong dengan mana-mana manusia abad ini. cuma kadang-kadang tu agak susah nak jadik peramah dengan orang yang kita baru kenal.

p/s : ada sesiapa nak isi borang jadik musuh linda? =p


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!