You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Khamis, 9 Januari 2014

Empat Januari Dua Ribu Empat Belas

Assalamualaikum >.<

Selamat tahun baru ! Happy new year ! Felice anno nuovo !

Opps bukan motor nouvo yang korang buat rempit tu tau. Okay buat kelakar tak jadik. Hambarrrrr

Alhamdulillah, dapat jugak taip entri baru untuk santapan bijik mata sendiri. Nak harapkan ada yang baca, entah bila la kann. Makin lama makin boring je semua entri yang ada. Jadik teringat masa mula mula menulis, seronok gilaaaa. Gua menulis, ada je yang bagi respon tapi sekarang sobsobsss meleleh air hidung gua. Kejap, nak rembat tisu. Sobsobssss

Okay dah. Sambung cerita..

Sebenarnya gedik gedik je nak update entri malam ni. Yela kann, untuk santapan bijik mata sendiri. Kalau ada yang stalk blog gua tak tau la kann. Tapi rasa rasanya macam ada. Terasa? Gua kesah happeeee ! Memang korang kannn yang stalk blog gua? Tapi malu malu rimauu la tu nak ngaku. Hikss.

Ngarut lagikkk -_-

Al kisahnya nak bagitahu. Eh kejap. Bukan bagitahu. Nak menulis pasal dinner gua haritu. Gileerrr ahh. Rasa ala ala korporat pulak siap berdinner dinner. Padahal majlis makan tetengah malam je kot. Takpun lebih sesuai dinamakan majlis membuncitkan perut. Ahh boleh lah janji ada nama dinner. Hiksss gua tetap jugak nak dinner walaupun tak ala ala korporat. Okay dah jangan bantah.

Dinner gua malam tu bukan dengan someone special. Tak main laa pergi dinner dengan special one je. Tak meriah kot. Alang alang nak dinner bawak satu rombongan bas teruihh. Kompemmm riuh woii ! Hahaha

Eh taklaa gua memain jek. Gua pergi dinner dengan The Four Special Person laa. Executive in Charge gua, Supervisor gua and two geng cashier gua. Kak Syawallina, Angah, Kak Ieda dan Kak Fiqa. Diorang ni semua geng kesayangan gua. Kat tempat kerja la. Guardian Giant Taiping. Haruslah bangga sebab dengan menggunakan tulang yang tak berapa nak empat kerat ni laa gua kerja carik duit. Dah ahh semua bende nak naik harga kann? Opsss takde isu politik dalam blog ni.

So lepas balik kerja tu gua pun siap siap jelaa ala kadar yang penting kecomelan tu tak pernah hilang okay. Nasib baik ibu merajinkan diri, hantar baju untuk gua salin lepas habis kerja. Kalau tak memang double triple bangga ah pergi dinner pakai baju Guardian. Hikss

Thank you so much to our EIC, Kak Sya sebab belanja gua. Eh tak belanja kitorang staf staf yang rajin lagi comel macam gua :p *apa apa pun gua tetap kena angkat bakul sendiri okay* Pengalaman kerja dah tiga bulan ni sangat bermakna. Gua tahu erti tangggungjawab besar, erti kejujuran, erti amanah semuanyaaaaa lahhh ! Banyak pengalaman yang gua dah kutip. Susah senang kita bersatu, work in team even kekadang tu ada lah jugak salah faham. Manusia enn. Dah dah bergenang air hidung gua lagikk. Haihh

Okay dah gua malas nak mengarut pepanjang lagik. Jenuh pulak kang anak cucu gua nak membaca entri nenda nyee yang comel ni. Kbaii.

Eh, azam tahun baru gua.. Nak kahwin boleh? Tunggu imam muda teeetttttt datang meminang. Hahahahaha. Berangannn. Azam tahun baru kalau boleh gua taknak nangis nangis dah tapi haritu gua dah ternangis sebab gaduh dengan adik gua si Asyifa'. Perghhhh malu jekk. Dah byeeee

Layan gamboooo.....

1.Kekononnye kad jemputan. Tapi dah sampai tempat eh baru dapat kad jemputan ni.
 2. Gua dengan Kak Sya, EIC gua. Tetap maintain walaupun anak satu dah ni. Lebiuuuu Kak Sya !
3. Geng cashier gua yang paling manja dengan dia. Kak Ieda. Kitorang ni sama spesis suka nangis. So kimia airmata tu wujud secara natural nyeee cewahhh
4. Haaa yang ni geng gangster gua. Haruslah gangster comel sebab gua pun comel enn. Kak Fiqa ni geng gua melawak kasar. Takdenye nak sentap sentap. Sayangggg kau lah kak ! Muahh sikit. Hahaha
 5. We are girlsssss generation ! Walaupun Kak Sya dah ada Umairah. Hikss

6. Yang pakai baju belang belang macam kuda belang tu Angah. Dia supervisor gua. Supervisor ting tong. Umur dah lanjut sebenarnya. Percaya tak perangai dia macam gua jugak? Hahaha. Yang sebelah dia tu ala ala model tu enn promoter SimplySiti. Join sekali ahh sebab kepala dia pun sama jugak macam kepala gua. Hikss
7. Gua sayangggggggg geng geng Guardian gua. Rasanya selagi tak dapat panggilan seru untuk sambung belajar gua tetap akan berkhidmat dengan diorang. InsyaAllah.
8. Okayy interprameee harus ada. Ye ahh blog gua kot ! Sukati gua la nak interprameee pun kann. Selamat tahun baru !



Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Tiada ulasan: