You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Ahad, 26 Januari 2014

Untuk Apa?

Untuk apa kita bertemu lalalalala ~

*tukar channel radio lain*

Untuk apa kau kembali lagi sekadar hanya untuk menyakiti ~

Ehemhemmm pitching ke laut. Better stop sebelum kena baling. Hikss

Assalammualaikum wahai ahli readers sekalian. Ececeyy bajet lagi macam ada yang nak baca entri ni.

Sejak dua menjak tiga menjak bermenjak menjak ni gua dilanda kekecewaan yang amat mendalam. Perghh ayat puitis taknak kalah woo. Mohon layankan jela kejap ye. Pelishhh untuk satu entri ni je okey? *buat muka menagih simpati*

First gua kecewa sebab haritu enn gua apply untuk jadik cikgu sekolah tadika. Memula tu beriyeeee je si ustaz Hafiz tu mintak gua datang secepat mungkin katanye sebab beliau memang memerlukan seorang guru di tadikanya. Cemni ler serba ringkas perbualan gua dengan ustaz Hafiz. Pestimeee tau on the phone dengan seorang ustaz. Ekekekeke
Ustaz Hafiz : Assalamualaikum, ni Linda ke?
Gua : Iye ni saya Linda. Ni siapa? *acah acah gangster*
Ustaz Hafiz : Ni saya ustaz Hafiz dari sekolah tadika teeeettttttttt *nama dirahsiakan*. Haritu Linda ada apply untuk jadi guru tadika kan? Pernah ada pengalaman ke sebelum ni?
Gua : *kontrol suara ayu balik* Errr saya takde pengalaman pun. Errr takpe ke mohon tu?
Ustaz Hafiz : Sebenarnya saya memang nak cari guru yang takde pengalaman pun asalkan berminat nak mengajar. Boleh datang untuk temuduga?
Gua : Boleh boleh errr tapi tak perlu bawak apa apa ke?
Ustaz Hafiz : Tak perlu pun. Datang sahaja okey.
Gua : Okey ustaz. Terima kasih.
Setelah gua booking tarikh dengan masa untuk "dating" dengan ustaz Hafiz ni, gua pun tersenyum kegembiraan. Yelah kan, dah berbulan bulan gua tunggu je masa nak jadik cikgu tadika ni, tetibe dapatt call pulak. Mau tak seronok enn. Hikss

Tapi yang frust tahap berguling tetengah jalan raya nye, bila gua pergi jek interview tu si ustaz Hafiz kata dia baru je terima email dari dua orang lagi yang berminat nak jadi cikgu tadika jugak so secara tak rasminya gua tahu la yang gua mesti kena tendang punyerr. Well, gua ada espiyemmm enam A je. Yang lagi dua orang tu entah entah ada diploma ijazah semua tu enn. Okey walaupun ustaz Hafiz tu hensem tapi gua tetap dah frust. Sobsbobss..

Second, gua lagi bertambah tambah kecewa bila gua tunggu jawapan dari satu pihak biasiswa ni dah berbulan bulan since last year kononnyee tapi akhirnye jawapan yang gua dapat tu membuatkan gua rasa nak terjun masuk dalam kolam renang jek. Iyelah kan.. Berbulan bulan kot tinggalkan gua dengan harapan yang menggunung last last haihh ini jek yang gua dapat..
Pihak Biasiswa teetttttt *nama pun dirahsiakan* :
Salam Siti Nurazlinda. Setelah membuat semakan dukacitanya dimaklumkan bahawa permohonan anda tidak berjaya kerana tidak mencapai tahap minima yang ditetapkan.
 Nampaknya memang bertangguh lagi lah niat gua nak sambung study.

Ketiganya, errrr biarlah rahsia. Ni soal sensitip sikit. Kang tak pasal pasal gua tulis entri dalam banjir kang.

Sebenarnya, gua terfikir. Untuk apa gua nak rasa kecewa dengan semua benda ni? Perkara kecik tapi kecewa tu kemainn gedabak lagi. Seriously gua rasa down to the earth sangat bila bertubi tubi perkara ni menimpa.
So quote of the day.. Bila kita redha dengan sesuatu yang mengecewakan, Allah pasti akan menggantikan dengan sesuatu yang menggembirakan. Mungkin tak secepat yang kita harapkan ataupun tak selambat yang kita sangkakan. Gua percaya ada hikmah disebalik kekecewaan yang gua alami tu.

p/s : Gua kena reject sebab gua bukan spesis yang bertudung labuh, gua rileks jekk -_- Hmm.

Esok kena kerja. Again.

Kbai.


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Tiada ulasan: