You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Ahad, 26 Januari 2014

Untuk Apa?

Untuk apa kita bertemu lalalalala ~

*tukar channel radio lain*

Untuk apa kau kembali lagi sekadar hanya untuk menyakiti ~

Ehemhemmm pitching ke laut. Better stop sebelum kena baling. Hikss

Assalammualaikum wahai ahli readers sekalian. Ececeyy bajet lagi macam ada yang nak baca entri ni.

Sejak dua menjak tiga menjak bermenjak menjak ni gua dilanda kekecewaan yang amat mendalam. Perghh ayat puitis taknak kalah woo. Mohon layankan jela kejap ye. Pelishhh untuk satu entri ni je okey? *buat muka menagih simpati*

First gua kecewa sebab haritu enn gua apply untuk jadik cikgu sekolah tadika. Memula tu beriyeeee je si ustaz Hafiz tu mintak gua datang secepat mungkin katanye sebab beliau memang memerlukan seorang guru di tadikanya. Cemni ler serba ringkas perbualan gua dengan ustaz Hafiz. Pestimeee tau on the phone dengan seorang ustaz. Ekekekeke
Ustaz Hafiz : Assalamualaikum, ni Linda ke?
Gua : Iye ni saya Linda. Ni siapa? *acah acah gangster*
Ustaz Hafiz : Ni saya ustaz Hafiz dari sekolah tadika teeeettttttttt *nama dirahsiakan*. Haritu Linda ada apply untuk jadi guru tadika kan? Pernah ada pengalaman ke sebelum ni?
Gua : *kontrol suara ayu balik* Errr saya takde pengalaman pun. Errr takpe ke mohon tu?
Ustaz Hafiz : Sebenarnya saya memang nak cari guru yang takde pengalaman pun asalkan berminat nak mengajar. Boleh datang untuk temuduga?
Gua : Boleh boleh errr tapi tak perlu bawak apa apa ke?
Ustaz Hafiz : Tak perlu pun. Datang sahaja okey.
Gua : Okey ustaz. Terima kasih.
Setelah gua booking tarikh dengan masa untuk "dating" dengan ustaz Hafiz ni, gua pun tersenyum kegembiraan. Yelah kan, dah berbulan bulan gua tunggu je masa nak jadik cikgu tadika ni, tetibe dapatt call pulak. Mau tak seronok enn. Hikss

Tapi yang frust tahap berguling tetengah jalan raya nye, bila gua pergi jek interview tu si ustaz Hafiz kata dia baru je terima email dari dua orang lagi yang berminat nak jadi cikgu tadika jugak so secara tak rasminya gua tahu la yang gua mesti kena tendang punyerr. Well, gua ada espiyemmm enam A je. Yang lagi dua orang tu entah entah ada diploma ijazah semua tu enn. Okey walaupun ustaz Hafiz tu hensem tapi gua tetap dah frust. Sobsbobss..

Second, gua lagi bertambah tambah kecewa bila gua tunggu jawapan dari satu pihak biasiswa ni dah berbulan bulan since last year kononnyee tapi akhirnye jawapan yang gua dapat tu membuatkan gua rasa nak terjun masuk dalam kolam renang jek. Iyelah kan.. Berbulan bulan kot tinggalkan gua dengan harapan yang menggunung last last haihh ini jek yang gua dapat..
Pihak Biasiswa teetttttt *nama pun dirahsiakan* :
Salam Siti Nurazlinda. Setelah membuat semakan dukacitanya dimaklumkan bahawa permohonan anda tidak berjaya kerana tidak mencapai tahap minima yang ditetapkan.
 Nampaknya memang bertangguh lagi lah niat gua nak sambung study.

Ketiganya, errrr biarlah rahsia. Ni soal sensitip sikit. Kang tak pasal pasal gua tulis entri dalam banjir kang.

Sebenarnya, gua terfikir. Untuk apa gua nak rasa kecewa dengan semua benda ni? Perkara kecik tapi kecewa tu kemainn gedabak lagi. Seriously gua rasa down to the earth sangat bila bertubi tubi perkara ni menimpa.
So quote of the day.. Bila kita redha dengan sesuatu yang mengecewakan, Allah pasti akan menggantikan dengan sesuatu yang menggembirakan. Mungkin tak secepat yang kita harapkan ataupun tak selambat yang kita sangkakan. Gua percaya ada hikmah disebalik kekecewaan yang gua alami tu.

p/s : Gua kena reject sebab gua bukan spesis yang bertudung labuh, gua rileks jekk -_- Hmm.

Esok kena kerja. Again.

Kbai.


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Sabtu, 18 Januari 2014

The Jimba Jimbut Day

Hai ! Haluuuuuu !

Assalamualaikum :)

Yeayy, lompat lompat bintang dengan gaya paling poyosss sebab dapat hapdet belog lagikk. *erkkk*

Harini gua cuti. Walaupun sehari tapi bermakna gilerrr sebab tujuh hari gua kena kerja tanpa henti. Perghhh kalah menteri cemni. Well bakal pekerja cemerlang ni. Okay mohon muntah pelangi.

Gua enn dah berazam taknak tinggalkan blog gua dengan debu debu cinta lagi sebab gua tahu ada jek yang baca blog gua tapi malu malu itik nak ngaku kann? So dengan ini gua merajinkan diri jugak laa nak hapdet satu entri untuk tatapan pembaca blog gua yang pemalu tahap itik tu. Semoga pemalu tu akan bertukar ke tahap hamster ke arnab ke. Baru comel sikit. Hikss
Muka gua baru baik demam. Kembang kembung jek gua nengok -_-

Apa je yang gua buat cecuti sehari ni? Haruslah makan tidur makan tidur je. Balas dendam kekononnyeee.

Eh tak tak. Kalau setakat makan tidur je takpayah hapdet blog pun takpe kann. Anak cucu gua mesti tak respect gua nanti kalau diorang tahu nenek vogue diorang ni pandai makan tidur jek. Haihhh kerja gua hapdet kali ni memang suka ngarut je -_- Letih korang nak baca.

Okay laa. Straight to the point harini gua pergi berjimba dengan ibu and adik kecik gua ! Yeayyy berabad gua tak pergi taman tasik kat Taiping tu, akhirnye harini gua gagahkan diri jugekk merempit ke sana. Yela kan, tetibe je si adik kecik mintak belanja eskrem mekdi walaupun hakikatnye ibu yang keluarkan duit :p

Ekceli gua takde bende nak story punggg. Gamboo je bersepah. Macam macam muka buruk gua keluarkan. So mohon sediakan baldi kat sebelah sambil menatap gambar gambar gua. Kbaii.

Opsss. Quote of the entry today...











 Boleh jadik kembar the rock tak? Hikss

Thank you for reading and watching gamboo gua yang membuatkan korang nyampah patblasratus kali. Lepas ni boleh la gua buat muka cemtu lagik. Kbaiii.


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Khamis, 9 Januari 2014

Empat Januari Dua Ribu Empat Belas

Assalamualaikum >.<

Selamat tahun baru ! Happy new year ! Felice anno nuovo !

Opps bukan motor nouvo yang korang buat rempit tu tau. Okay buat kelakar tak jadik. Hambarrrrr

Alhamdulillah, dapat jugak taip entri baru untuk santapan bijik mata sendiri. Nak harapkan ada yang baca, entah bila la kann. Makin lama makin boring je semua entri yang ada. Jadik teringat masa mula mula menulis, seronok gilaaaa. Gua menulis, ada je yang bagi respon tapi sekarang sobsobsss meleleh air hidung gua. Kejap, nak rembat tisu. Sobsobssss

Okay dah. Sambung cerita..

Sebenarnya gedik gedik je nak update entri malam ni. Yela kann, untuk santapan bijik mata sendiri. Kalau ada yang stalk blog gua tak tau la kann. Tapi rasa rasanya macam ada. Terasa? Gua kesah happeeee ! Memang korang kannn yang stalk blog gua? Tapi malu malu rimauu la tu nak ngaku. Hikss.

Ngarut lagikkk -_-

Al kisahnya nak bagitahu. Eh kejap. Bukan bagitahu. Nak menulis pasal dinner gua haritu. Gileerrr ahh. Rasa ala ala korporat pulak siap berdinner dinner. Padahal majlis makan tetengah malam je kot. Takpun lebih sesuai dinamakan majlis membuncitkan perut. Ahh boleh lah janji ada nama dinner. Hiksss gua tetap jugak nak dinner walaupun tak ala ala korporat. Okay dah jangan bantah.

Dinner gua malam tu bukan dengan someone special. Tak main laa pergi dinner dengan special one je. Tak meriah kot. Alang alang nak dinner bawak satu rombongan bas teruihh. Kompemmm riuh woii ! Hahaha

Eh taklaa gua memain jek. Gua pergi dinner dengan The Four Special Person laa. Executive in Charge gua, Supervisor gua and two geng cashier gua. Kak Syawallina, Angah, Kak Ieda dan Kak Fiqa. Diorang ni semua geng kesayangan gua. Kat tempat kerja la. Guardian Giant Taiping. Haruslah bangga sebab dengan menggunakan tulang yang tak berapa nak empat kerat ni laa gua kerja carik duit. Dah ahh semua bende nak naik harga kann? Opsss takde isu politik dalam blog ni.

So lepas balik kerja tu gua pun siap siap jelaa ala kadar yang penting kecomelan tu tak pernah hilang okay. Nasib baik ibu merajinkan diri, hantar baju untuk gua salin lepas habis kerja. Kalau tak memang double triple bangga ah pergi dinner pakai baju Guardian. Hikss

Thank you so much to our EIC, Kak Sya sebab belanja gua. Eh tak belanja kitorang staf staf yang rajin lagi comel macam gua :p *apa apa pun gua tetap kena angkat bakul sendiri okay* Pengalaman kerja dah tiga bulan ni sangat bermakna. Gua tahu erti tangggungjawab besar, erti kejujuran, erti amanah semuanyaaaaa lahhh ! Banyak pengalaman yang gua dah kutip. Susah senang kita bersatu, work in team even kekadang tu ada lah jugak salah faham. Manusia enn. Dah dah bergenang air hidung gua lagikk. Haihh

Okay dah gua malas nak mengarut pepanjang lagik. Jenuh pulak kang anak cucu gua nak membaca entri nenda nyee yang comel ni. Kbaii.

Eh, azam tahun baru gua.. Nak kahwin boleh? Tunggu imam muda teeetttttt datang meminang. Hahahahaha. Berangannn. Azam tahun baru kalau boleh gua taknak nangis nangis dah tapi haritu gua dah ternangis sebab gaduh dengan adik gua si Asyifa'. Perghhhh malu jekk. Dah byeeee

Layan gamboooo.....

1.Kekononnye kad jemputan. Tapi dah sampai tempat eh baru dapat kad jemputan ni.
 2. Gua dengan Kak Sya, EIC gua. Tetap maintain walaupun anak satu dah ni. Lebiuuuu Kak Sya !
3. Geng cashier gua yang paling manja dengan dia. Kak Ieda. Kitorang ni sama spesis suka nangis. So kimia airmata tu wujud secara natural nyeee cewahhh
4. Haaa yang ni geng gangster gua. Haruslah gangster comel sebab gua pun comel enn. Kak Fiqa ni geng gua melawak kasar. Takdenye nak sentap sentap. Sayangggg kau lah kak ! Muahh sikit. Hahaha
 5. We are girlsssss generation ! Walaupun Kak Sya dah ada Umairah. Hikss

6. Yang pakai baju belang belang macam kuda belang tu Angah. Dia supervisor gua. Supervisor ting tong. Umur dah lanjut sebenarnya. Percaya tak perangai dia macam gua jugak? Hahaha. Yang sebelah dia tu ala ala model tu enn promoter SimplySiti. Join sekali ahh sebab kepala dia pun sama jugak macam kepala gua. Hikss
7. Gua sayangggggggg geng geng Guardian gua. Rasanya selagi tak dapat panggilan seru untuk sambung belajar gua tetap akan berkhidmat dengan diorang. InsyaAllah.
8. Okayy interprameee harus ada. Ye ahh blog gua kot ! Sukati gua la nak interprameee pun kann. Selamat tahun baru !



Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!