assalamualaikum .
excited semalam akhirnya berakhir jugak dengan kegembiraan . alhamdulillah , mungkin berkat doa korang semua semalam , linda lulus ujian komputer hari ni .
keputusannya ? takde lah sehebat mana . bolehlah nak hidup , setakat 45/50 aje . tapi , linda bersyukur gila sebab lulus . iye lah kan , kalau tidak kena ulang semula . melayang tujuhblas hengget . tambah pulak dengan "ugutan maut" ibu tersayang . alahai .. lagi kecut perut lah nampaknya .
ehh , linda tak malu langsung walaupun baru terkedek-kedek nak ambek L okayy . daripada manusia abad ini yang takde lesen sama sekali kan ? tapi , tak malu bawak motor ngeng sana ngeng sini =p *dulu pon linda termasuk dalam golongan manusia itu , so taknak pertikai orang lain lah . hehe .
penat baca buku undang-undang tak habis lagi , terpaksa sambung siapkan kerja khusus akaun pulak . nanti petang nak pergi open hauss lagi . esok ? jadual lagi padat dari pagi sampai ke petang . nak kena tadah telinga kat tempat yang sama lagi , then kena buat praktikal sampai tiga jam .. ohh , seksa !
before that , nak promote blog kawan linda lah hari ni . apa kata korang pergi kat sini
she's a new bloggie :)
p/s : dah lama tak blogwalking , tunggu kedatangan linda ke blog korang ya !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan